Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

PRESMA Terima Penjelasan Ku Nan

By 27 April 2017Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan / foto oleh: Sazaki Abdul Rahman & Anuar Ibrahim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 27 Apr (Malaysiaaktif) – Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) mewakili masyarakat India Muslim menarik nafas lega selepas perjumpaan silaturahim bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini hari ini.

Hal ini berikutan kenyataan Tengku Adnan semasa Majlis Perasmian Perwakilan Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam pada 15 April lalu yang menyelar pengusaha restoran India Muslim mengenakan harga tidak munasabah kepada pengguna.

Menurut Tengku Adnan, maksud sebenar kenyataan yang dibuat adalah semata-mata untuk memperjuangkan rakyat dan tidak semua peniaga tanpa mengira bangsa terlibat dengan aktiviti pencatutan.

Tengku Adnan turut merayu agar pengusaha restoran tidak kira India Muslim, India atau Cina membantu kerajaan dengan tidak mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna.

“Mereka mengadu terpaksa mengenakan harga yang tinggi atas faktor sewa kedai yang mahal di Kuala Lumpur dan kekangan dalam mendapatkan pekerja.

“Kita sebagai PBT di Wilayah Persekutuan ini sedia membantu dengan memberi diskaun lesen perniagaan dan sekiranya mereka pemilik kedai, kita akan beri diskaun 10 hingga 15 peratus.

“Kementerian sedia membantu pengusaha-pengusaha restoran dengan harapan agar mereka dapat menolong kerajaan demi membantu rakyat dalam bandar yang tertekan yang mana miskin bandar adalah lebih teruk dari miskin kampung “, kata Tengku Adnan pada sidang media tersebut.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim Malaysia (PRESMA), Ayoob Khan berpuas hati dengan penjelasan Tengku Adnan dalam menyelesaikan isu tersebut.

Ayoob turut memberi jaminan kepada Menteri Wilayah Persekutuan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bahawa pengusaha-pengusaha restoran India Muslim tidak akan menaikkan harga pada masa akan datang.

Tengku Adnan Tengku Mansor turut memberi penerangan mengenai Kad Ceria WPKL kepada semua pengusaha Restoran India Muslim yang hadir.

Tengku Adnan Tengku Mansor turut memberi penerangan mengenai Kad Ceria WPKL kepada semua pengusaha Restoran India Muslim yang hadir.

Pada majlis yang sama, Kad Ceria WPKL yang memberi kemudahan kepada para peniaga turut dipromosikan.

“Dengan menjadi ahli Kad Ceria, peniaga boleh mendapatkan diskaun 10 peratus bagi sewaan premis milik DBKL dan memperbaharui lesen penjaja di samping mendapat insentif Cukai Pintu bagi pemilik premis perniagaan yang layak,” tambah beliau lagi.

 

– AH

Tinggalkan komen anda