Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurWilayah Persekutuan

Pendaki Solo Negara Terima Sumbangan RM3000

By 20 April 2017April 25th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan / foto oleh Mohd Izzideen Khairi Zakaria & Syaiful Harif Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 20 April (Malaysiaaktif) – Misi mendaki enam puncak Himalaya oleh Pendaki Solo Negara, Mohd Noor Mat Amin, hari ini menerima sumbangan bernilai RM3,000 daripada SK Combination Sdn Bhd.

Menurutnya Mohd Noor, setakat ini cabaran bagi menakluki enam banjaran Himalaya yang berketinggian 5,000 meter dari aras laut secara terus-menerus belum pernah dilakukan oleh mana-mana pendaki.

“Peluang ini akan digunakan sebaik mungkin dalam misi 28 hari bagi mengharumkan nama negara dan seterusnya diiktiraf dalam The Malaysia Book Of Records,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Mohd Noor merupakan anggota media dan juru gambar pertama di dunia yang telah berjaya memproses filem warna secara manual di Everest Base Camp, selain berjaya melakukan 111 pendakian solo di Gunung Kinabalu pada tahun 2009 hingga 2010.

Dalam misi kali ini, Mohd Noor menjelaskan “Kekangan kewangan menjadi halangan kerana kos perbelanjaan mencecah RM50,000 seorang dan kos keseluruhan perbelanjaan termasuk kru yang teribat mencecah belanja sebanyak RM120,000”.

WhatsApp Image 2017-04-20 at 7.51.06 PM

Sumbangan tajaan disampaikan kepada pendaki negara

Sumbangan misi pendakian yang bermula pada 23 April hingga 20 Mei ini, telah diserahkan oleh Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Mohd Noor turut menyatakan rasa terima kasihnya atas sokongan yang diberikan oleh pihak YPNM dan PPIM terhadap sumbangan yang diterimanya bagi menampung perbelanjaan untuk misi pendakian.

Turut disumbangkan, bekalan produk makanan seperti serunding halia dan bawang putih.

– AH

Tinggalkan komen anda