Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Aspirasi Belia Diterjemah Melalui TN50

By 25 Mei 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

MUKAH, 24 Mei (Malaysiaaktif) – TN50 bertujuan mencetuskan aspirasi rakyat serta menentukan bidang untuk transformasi termasuk ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan dan alam sekitar.

Royston Valentine, menyifatkan TN50 sebagai penyambung kepada wawasan 2020.

“Saya lihat TN50 sebagai kesinambungan kepada dasar 30 tahun kerana masa depan negara milik generasi muda hari ini.

“Disamping itu, TN50 ini diwujudkan bagi membantu negara mencapai ekonomi yang berdaya saing dan setanding dengan negara-negara maju,” katanya lagi.

Sementara itu menurut Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah, Raimi Rabuimen, objektif TN50 ialah memberikan peluang kepada golingan belia dan pelajar untuk memberikan idea dan pandangan mereka berhubung apa saja isu termasuk ekonomi, pendidikan dan budaya.

“Kementerian Belia dan Sukan akan mengambil tempoh antara satu hingga dua tahun bagi mengumpul data sebelum Perdana Menteri mengumumkan mengenai intipati sebenar TN50 yang membawa suara rakyat keseluruhannya.

“Selain itu, pihak kementerian akan mengadakan konsultasi dengan semua peringkat terutama di institusi pengajian tinggi (IPT), sekolah-sekolah, persatuan-persatuan belia serta membuka ruang di media-media sosial untuk anak-anak muda memberi pandangan kerana generasi baharu inilah yang bakal memimpin negara pada 2050,” jelasnya lagi.

Menurut salah seorang peserta program, Raymond Enyau, dialog ini sangat bermakna dapat mengetahui intipati sebenar TN50.

“Ini merupakan suatu permulaan yang bagus kepada semua belia dan saya tidak sabar untuk mendengar lebih banyak lagi cadangan daripada anak-anak muda kita.

“TN50 atau Transformasi Nasional 2050 adalah milik kita bersama dan kita perlu menghayati dengan sebaik-baiknya demi untuk pembangunan negara kita Malaysia,” ujarnya.

WhatsApp Image 2017-05-25 at 8.53.05 AM

Seramai 305 orang sertai Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Peringkat Bahagian Mukah anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Mukah yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Three Rivers semalam.

Dialog diteraju oleh moderator Shukri Drahman dengan ahli panel terlibat, Jack Aman Luat dan Royston Valentine.

Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal membawa pembaharuan dengan suara rakyat dijadikan sebagai penentu kepada penetapan misi dan visi negara untuk tempoh tiga dekad akan datang.

-SH

Tinggalkan komen anda