Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Sekeluarga Tiga Beranak Dibantu

By 25 Mei 2017Mei 27th, 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan / foto oleh: Mohd Baharruddin Mohamad & Jaed Tipus (Sarawak)

KUCHING, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Hasanah Mahmud kini dapat menarik nafas lega apabila menerima bantuan ihsan berupa wang tunai daripada Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KKWKK), untuk menampung perbelanjaan keluarganya.

Keluarga Hasanah merupakan antara sepuluh daripada mangsa kebakaran yang berlaku pada 14 Mei lalu dimana kediaman dua tingkat beliau telah ranap.

Turut tinggal bersama hasanah adalah dua anaknya yang masing-masing merupakan ibu dan bapa tunggal.

Selain mereka tiga beranak, turut tinggal bersama Hasanah adalah tujuh orang cucunya.

Pada masa sama, Fatimah mengucapkan ribuan terima kasih di atas inisiatif Pegawai Daerah Dalat, Kueh Lei Poh, yang turut membantu meringankan bebanan seluruh keluarga mangsa.

Bantuan tersebut disampaikan oleh Menteri KKWKK, Datuk Fatimah Abdullah semalam bertempat di Kampung Bakong, Oya.

Menurut Datuk Fatimah bantuan ini adalah berupa bantuan wang saku, pakaian harian, pakaian dan peralatan sekolah, serta bantuan bahan binaan dimana kesemuanya dalam bentuk wang tunai.

“Bantuan awal yang turut diberikan sebelumnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mukah adalah bantuan bekalan makanan, bantuan peralatan dapur, bungkusan makanan dan air botol, kelengkapan tidur merangkumi bantal, tilam dan selimut serta susu tepung beserta botol susu,” jelasnya.

Sementara itu, Fatimah turut meluluskan permohonan Bantuan Bina Baharu Rumah daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berjumlah RM68,000.

 

-SH

Tinggalkan komen anda