Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Dasar Islam Tetap Disokong – TPM

By 22 Julai 2017Julai 24th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh : Hasniza Hassan (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 22 Jul
(Malaysiaaktif) – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menggesa masyarakat setempat tanpa mengira perbezaan pendapat untuk bersama-sama memartabatkan agama Islam khususnya di negeri ini.

“Walaupun berbeza pandangan politik, seharusnya kita bersatu dalam mengangkat dan memperjuangkan nilai-nilai murni agama Islam tidak kira dimana pun berada dan kerajaan Pesekutuan hari ini tetap menyokong dasar Islam di Malaysia,” katanya di Perkarangan Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Padang Kala, Ketereh, di sini.

Sebahagian penngunjung yang hadir dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Oghe Parlimen Terre (OPT) semalam.

Sebahagian penngunjung yang hadir dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Oghe Parlimen Terre (OPT) semalam.

Zahid juga optimis dapat mentadbir dan memerintah negeri ini pada pilihan raya akan datang berdasarkan sambutan luar biasa masyarakat tempatan dalam majlis anjuran UMNO.

“Kehadiran luar biasa ini secara tidak langsung mencerminkan sokongan terhadap kepimpinan kerajaan pembangkang (BN) di Kelantan,” ucapnya ketika merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama Oghe Parlimen Terre (OPT) semalam.

Menurut Abdullah Abdul Rahman, 57, kerajaan Barisan Nasional cukup komited membela nasib rakyat.

Zahid berucap merasmikan OPT dihadiri lebih 5, 000 pengunjung.

Zahid berucap merasmikan OPT dihadiri lebih 5, 000 pengunjung.

“Ketereh kini bakal membangun dengan pelbagai projek pembangunan koridor raya, pembangunan duniawi dan insani kepada rakyat, dan semua ini takkan berlaku tanpa bantuan daripada kerajaan persekutuan,” ujarnya lagi.

Pada majlis tersebut, Zahid turut menyampaikan anugerah kepada tokoh-tokoh kelahiran tempatan yang mewakili pelbagai bidang antaranya pendidikan, keusahawanan dan agama.
Antara penerima anugerah ialah Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Mashkuri Yaacob, Pengerusi Xidding Cellular Communicaton Sdn. Bhd., penerima lkon Sains & Teknologi, Prof. Madya Dr. Shamrahayu A. Aziz, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Penerima Ikon Akademik dan Prof. Datuk Dr. Mohd Rizon Mohamad Juhari, Rektor Akademik Senibudaya & Warisan Kebangsaan, Penerima Ikon Seni Budaya dan Warisan.

Turut hadir di dalam majlis tersebut, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Panglima Annuar Hj. Musa, dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Datuk Md. Alwi Che Ahmad.

-SH

Tinggalkan komen anda