Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Najib: Diskaun 50 Peratus Tambang MRT, LRT Sempena Hari Kebangsaan

By 17 Julai 2017Tiada komen3 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Parameswary Lekshmnan & Norlydiana Ishak (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Malaysiaaktif) – Lebih 20,000 orang menyaksikan Majlis Pelancaran Transit Aliran Massa (MRT) Fasa 2 yang melengkapkan jajaran Sungai Buloh-Kajang (SBK) sepanjang 51 kilometer dan meliputi 31 buah stesen perhentian, di sini hari ini.

Menurut pengguna pengangkutan awam, Mohd Faizal, 26, hampir setiap hari dia terpaksa meredah kesesakan lalu lintas seawal jam 6.00 pagi dari Kajang ke tempat kerja di Damansara.

Faizal bersyukur dengan pembukaan sepenuhnya perkhidmatan MRT ini yang bukan sahaja dapat menjimatkan masa, malah dapat mengurangkan kos perjalanannya.

“Saya tidak perlu lagi keluar awal untuk memandu ke tempat kerja tambah pula tambang MRT yang berpatutan mampu menjimatkan perbelanjaan harian saya,” katanya.

Sementara itu, pekerja swasta, Noraidah, 40, berkata pembukaan fasa kedua ini memudahkan pergerakkannya, terutamanya untuk membawa anak-anak ke tempat-tempat pelancongan di Lembah Klang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmiannya berkata MRT hanyalah titik permulaan kepada lebih banyak projek ‘infra-rakyat’ di negara ini.

“Pelbagai lagi projek infra-rakyat akan menyusul termasuk MRT kedua laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya; LRT3 Bandar Utama-Johan Setia; kereta api ke Pantai Timur; Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura; serta penaikan taraf sistem monorail dan KTM.”

“Apatah lagi apabila MRT3 atau MRT circle line siap menjelang 2027 nanti, kita akan menyaksikan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur yang bersepadu sepenuhnya,” katanya.

Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata projek MRT ini akan memberi impak positif kepada alam sekitar kerana kira-kira 160,000 kenderaan dijangka tidak berada di atas jalan raya, sekali gus mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 752,000 tan setiap tahun.

“Laluan MRT SBK ini bakal memberi manfaat kepada 1.2 juta rakyat Malaysia selain pelancong yang berkunjung ke ibu negara.

“Projek MRT Laluan SBK berjaya disiapkan lebih awal dari jadual asal iaitu pada hujung bulan Julai ini selain menjimatkan sejumlah RM2 bilion daripada sasaran awal kos projek kepada RM21 billion,” katanya lagi.

Tambahnya, pelaksanaan projek ini turut melibatkan 50 peratus syarikat bumiputera serta 51 peratus peniaga bumiputera di ruang perniagaan di stesen-stesen MRT.

“Fasa kedua MRT Laluan SBK ini terdiri daripada 19 stesen termasuk tujuh terletak di bawah tanah.

“Antara stesen berkenaan adalah Muzium Negara, Pasar Seni, Merdeka, Bukit Bintang, Tun Razak Exchange Centre, Cochrane, Maluri, Taman Pertama, Taman Midah, Taman Mutiara, Taman Connaught, Taman Suntex, Sri Raya, Bandar Tun Hussein Onn, Batu Sebelas Cheras, Bukit Dukung, Sungai Jernih, Stadium Kajang dan berakhir di Kajang,” jelasnya.

Dalam pada itu, Najib turut mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 50 peratus bagi tambang perkhidmatan rail Prasarana iaitu MRT, LRT dan Monorail mulai 18 Julai sehingga 31 Ogos sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Yang Ke-60.

Najib turut melancarkan Setem Khas sempena Pelancaran MRT SBK yang direka khas oleh warga MRT.

Najib turut melancarkan Setem Khas sempena Pelancaran MRT SBK yang direka khas oleh warga MRT.

Pada majlis yang sama, Najib turut Melancarkan Setem Khas sempena Pelancaran MRT SBK yang direka khas oleh warga MRT.

Setiap set tren MRT Laluan SBK mempunyai empat gerabak yang berkapasiti seramai 1,200 penumpang bagi setiap perjalanan dengan kekerapan tren 3.5 minit.

Turut hadir, Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi MRT Corp, Tan Sri Ali Hamsa.

– AH

Tinggalkan komen anda