Skip to main content
Berita TempatanPahang

Bendera Koyak Ganti, Jatuh Angkat

By 15 Ogos 2017Ogos 23rd, 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan: Syed Fauzi Syd Mostapa / Foto: Irwan Shah

ROMPIN, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – “Jaga kesucian bendera kita. Kalau jatuh kita angkat, bendera koyak kita ganti, bendera lama kita beli baharu.”

Demikian kata, wakil Menteri Besar Pahang, Datuk Shafiq Fauzan Sharif ketika Majlis Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Pahang di Bukit Serok pagi tadi.

Tambahnya, peperangan Islam mahupun empayar China, dan Perancis turut pastikan bendera tak cecah di tanah, bendera dipastikan sentiasa tegak.

Shafiq ketika menyerahkan Jalur Gemilang

Shafiq ketika menyerahkan Jalur Gemilang

“Jalur Gemilang ini diharap akan ada dalam hati nurani kita bersesuaian dengan tema kemerdekaan tahun ini, Negaraku Sehati Sejiwa,” jelasnya.

Pada majlis tersebut juga Konvoi Merdeka Negaraku (KMN) 2017 tiba dengan kehadiran seramai 107 peserta.

Menurut Ketua Konvoi, Masnoor Ashaari, Kg Bukit Serok merupakan destinasi pertama di Pahang.

“Setelah selesai berkonvoi di Jempol pagi tadi, pasukan kami tiba di Pahang untuk meneruskan perjalanan sejauh 175km pada hari ini.

“Bersesuaian dengan salah satu objektif konvoi yang mahu menyemarakkan aktiviti mengibar Jalur Gemilang kami berharap masyarakat bukan sekadar menunggu bendera percuma tetapi kibar bendera secara sukarela perlu ada dalam jiwa masing-masing.

“Usaha kibar di depan rumah, dapat memupuk rasa bangga. Bendera yang dijual di kedai juga dijual tak sampai RM1. Harga sekitar RM0.90,” jelasnya.

Dalam pada itu, pentadbir SK Bukit Serok, Ahmad Dzaki Zainudin berkata dia lihat masih ramai yang mengambil inisiatif untuk memasang bendera sendiri.

IMG_7258

Dzaki berbangga dengan kemajuan yang terdapat di Pahang

“Saya tak setuju apabila dikatakan masyarakat hanya menunggu bendera percuma. Di kedai juga banyak dijual dan mudah didapati. Bendera ni bukan sekadar dikibat pada bulan ni sahaja bahkan patut diletakkan sepanjang tahun.

Dzaki turut melihat perkembangan positif infrastruktur dan pendidikan Pahang berbanding dahulu.

“Saya pernah berkhidmat di Rompin dan Kuala Lipis. Saya memulakan kerjaya di Tekik, Pulau Tioman pada zaman itu jeti pun uzur dengan kemudahan Internet pun terbatas tetapi semuanya berubah kini.

“Kemudahan semua telah dibaik pulih termasuk di Felda Keratong ini. Kalau dulu selalu tiada elektrik, sekarang Tenaga Nasional Berhad dah pasang semuanya.

IMG_7256

Pelajar SK Bukit Serok

“Menyentuh soal pendidikan kepada pelajar orang Asli suku kaum Jakun di sini, perkembangan ada cuma perlahan tetapi dengan usaha gigih saya pasti mereka mampu.

“Misalnya dalam peperiksaan percubaan baru-baru ini dah ada yang dapat 3A. Jika dulu ramai tak tahu membaca tetapi sekarang dengan ada program Linus tahun tiga dah mampu membaca. Kedatangan pelajar juga bertambah 88%.

Konvoi KMN 2017 di Pahang pada hari ini dijadualkan bakal melalui Bukit Serok, Muadzam, Pekan, Batu 8 Lepar kemudian ke Kuantan.

Tinggalkan komen anda