Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

Lebih Banyak Syarikat Digesa Menyemarakkan Program Kemerdekaan

By 19 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Norhafizah Abd Rahim / Maherah Marina Mahusin

KUALA NERUS, 19 Ogos (Malaysiaaktif) – Penglibatan syarikat swasta dalam program kemerdekaan sangatlah dihargai.

Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Jailani Johari menggesa agar lebih banyak syarikat terlibat di dalam program seumpama ini.

“Penglibatan pihak swasta dalam menggelorakan semangat patriotisme sangat-sangat dihargai dan seharusnya kerjasama yang telah ditunjukkan oleh pihak Mydin ini perlu dicontohi oleh pasaraya-pasaraya lain,” ucapnya ketika merasmikan program mymerdeka@60 di Pasaraya Mydin, di sini, siang tadi.

Sebahagian daripada pengunjung yang hadir.

Sebahagian daripada pengunjung yang hadir.

Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad turut menyambut ulang tahun ke-60 tahun ini seiring usia kemerdekaan negara.

Menurut seorang pengunjung, Nur Syamimi Athirah Abu Bakar, program mymerdeka@60 ini memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk terlibat dalam aktiviti yang diadakan serta pameran yang disediakan.

Nur Shazwani Mamat, 28, menyifatkan program sebegini sangat bermanfaat kepada pelajar tabika kerana bukan sahaja mereka dapat terlibat dengan program mewarna yang diadakan malahan memberi pendedahan mengenai lambang kemerdekaan seperti bendera dan melihat gambar pahlawan.

“Semangat patriotik dikalangan kanak-kanak turut dapat dipupuk dengan program sebegini,” ujar guru tabika KEMAS ini.

Sementara itu, Zakaria Abd Rahman, 56, memberitahu program ini dapat memupuk semangat perpaduan yang jitu dalam kalangan masyarakat hari ini.

“Melalui program seumpama ini, masyarakat dapat menzahirkan kesyukuran, mempamerkan kesetiaan kepada negara tanpa mengira latar belakang, pangkat dan darjat yang menjadi teras kepada integrasi nasional,” jelasnya lagi.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid, Pengarah Penerangan Terengganu, Nasrudin H. Mahmud dan Pengurus Cawangan Mydin Mall Gong Badak, Shanmuganathan a/l Muthiah.

-SH

 

Tinggalkan komen anda