Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

PLUS Ajak Rakyat Malaysia #JiwaiRukunNegara

By 21 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh: Noor Sazarina Mohd Noor (Petaling)

SUNGAI BULOH, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melancarkan Kempen #Negaraku #JiwaiRukunNegara di Restoran Jejantas Sungai Buloh Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, hari ini.

Menurut Pengerusi PLUS, Tan Sri Datuk Mohd Sheriff Mohd Kassim, menerusi Kempen #Negaraku #JiwaiRukunNegara, PLUS ingin mengajak rakyat khususnya pengguna lebuh raya dan generasi muda supaya menghayati dan menjiwai Rukun Negara yang merupakan kunci kepada perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.

IMG_4189

Bersempena dengan kempen tersebut, visual-visual bertemakan Rukun Negara diletakkan di lokasi-lokasi strategik di semua 24 kawasan Rehat dan Rawat (R&R) serta dua buah restoran jejantas di sepanjang lebuh raya kendaliannya.

“Visual-visual bertemakan Rukun Negara bertujuan untuk mengingatkan orang ramai tentang Rukun Negara serta peranannya sebagai kunci perpaduan rakyat di negara ini,” jelas Mohd Sheriff lagi.

IMG_4191

Majlis perasmian kempen tersebut disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup.

Turut hadir, Ketua Pengarah Arkib Negara, Azemi Abdul Aziz; Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes) Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Sr Aziz Abdullah dan Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

PLUS juga bekerjasama dengan Arkib Negara Malaysia mengadakan pameran bertemakan Rukun Negara dan Kemerdekaan Negara di Galeri Jejantas di Restoran Jejantas Sungai Buloh.

IMG_4192

Selain itu, PLUS turut menganjurkan Peraduan InstaVideo melalui media sosial Instagram bermula 21 Ogos hingga 4 September ini.

Pemenang peraduan ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai melalui Akaun Simpanan SSPN-i (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 10,000.

-DZ

Tinggalkan komen anda