Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Skim Sewa Untuk Milik: 596 Peserta PPR Lembah Subang 2 Terima Kunci

By 21 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan dan foto oleh: Norfarhana Mohd Zainal Abidin (Petaling)

PETALING, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 596 peserta bertuah menerima kunci bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2 menerusi Skim Sewa Untuk Milik, di sini, tadi.

Skim dengan sewaan sebanyak RM175 hingga RM205 sebulan selama tempoh 20 hingga 25 tahun dengan yuran penyelenggaran RM50 sebulan ini diperkenalkan di Lembah Subang 2 bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang sukar mendapatkan pembiayaan memiliki rumah.

PPR Lembah Subang 2

PPR Lembah Subang 2

Tempoh percubaan adalah selama dua tahun dan sekiranya penduduk mematuhi syarat-syarat kontrak, hak milik rumah akan diserahkan kepada penduduk setelah tamat tempoh sewaan.

Bagi salah seorang penerima bertuah, Juwem Anak Noleo, 34, dia mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada KPKT kerana memberi peluang kepadanya untuk menyertai skim ini serta berharap program seumpama ini diteruskan lagi di lokasi lain terutamanya di kawasan bandar.

Juwem Anak Noleo

Juwem Anak Noleo

Selain itu, seorang lagi penerima kunci, Janahparee Bavan Pillai A/L Thayapran, 25, turut bergembira menjadi salah seorang penerima bertuah.

“Jutaan terima kasih kepada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas inisiatif seumpama ini dalam membantu rakyat yang berpendapatan rendah,” katanya.

Janahparee Bavan Pillai A/L Thayapran

Janahparee Bavan Pillai A/L Thayapran

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar merasmikan Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Kunci Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2.

Menurutnya, KPKT tegas dalam memastikan tiada pihak luar cuba mengambil kesempatan serta mengambil keuntungan atas kesusahan rakyat terutamanya penduduk PPR.

“Justeru, penduduk yang layak menduduki PPR Lembah Subang 2 ini telah melalui beberapa proses tapisan dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan,” jelas Noh.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar (tiga dari kanan) ketika sesi sidang media.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar (tiga dari kanan) ketika sesi sidang media.

Dalam pada itu, Noh turut mengulas tentang masalah perumahan rakyat negeri Selangor.

“Saya cabar Menteri Besar Selangor untuk berdebat dengan saya bagi menyelesaikan masalah berkaitan pembelaan perumahan rakyat terutamanya rakyat negeri Selangor dan kita tidak mahu pihak kerajaan negeri lepas tangan seperti mana yang berlaku di Lembah Subang 1,” tegasnya.

Turut hadir, Timbalan Menteri KPKT, Datuk Halimah Mohamed Sadiq; Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya, Datuk HM Yusoff HM Haniff; ADUN Kota Damansara, Datuk Hajah Halimaton Saadiah Bohan, dan Pemangku Ketua Pengarah, Jabatan Perumahan Negara, Jayaselan A/L K.Navaratnam.

-DZ

Tinggalkan komen anda