Skip to main content
Berita TempatanNegeri Sembilan

Lebih 300 Peneroka Terima Suratan Hak Milik

By 27 September 2017Tiada komen3 minit bacaan
Laporan & foto: Ramasamy Amas

JEMPOL, 27 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 327 Peneroka Felda Serting Hilir 1 dan 5 wilayah Raja Alias di sini menerima suratan hak milik tanah kediaman mereka di Dewan Semai Bakti Kompleks Serting Hilir petang semalam.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan suratan hak milik yang diterima hari ini ialah hasil usaha gigih setiap peneroka yang telah berusaha selama 30 tahun sebagai peneroka.

“Suratan hak milik ini diharapkan disimpan agar dapat diwarisi oleh anak dan cucu kelak dan jangan digadai atau dijual.

“Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Malaysia (Felda) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 untuk pembangunan tanah dan penempatan semua dengan objektif pembasmi kemiskinan melalui penanaman minyak sawit dan getah.

Penyampaian replika cek.

Penyampaian replika cek.

“Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek –projek pembangunan tanah dan melaksanakan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosialekonomi,” ujarnya.

Tambahnya, Gugusan FELDA Serting Hilir merupakan sebuah kompleks rancangan yang terdiri daripada FELDA Serting Hilir 1 Hingga 7.

“Asal nama Serting Hilir diambil dari kampung-kampung tradisonal yang ada antaranya Kampung Serting Hilir, Kampung Serting Tengah dan Kampung Serting Ulu.

“FELDA Serting Hilir 1 dan 5 ialah dua buah rancangan dalam pentadbiran Felda wilayah Raja Alias dan terletak dalam Mukim Rompin, Daerah Jempol,Negeri Sembilan.

“Rancangan-rancangan ini telah dibangunkan pada 1979/1980 bagi Serting Hilir 1 dan 1980/1981 bagi Serting Hilir 5. Dengan Keluasan 933.38 hektar bagi FELDA Serting Hilir 1 dan 1047.13 hektar bagi FELDA Serting Hilir 5.

“Manakala kemasukan peneroka bagi kedua-dua rancangan telah bermula pada November 1978. Seramai 176 Orang peneroka telah diterima masuk ke FELDA Serting Hilir 1 dan dibahagikan 10 blok, sementara seramai 151 orang peneroka yang menjadi penduduk FELDA Serting Hilir 5 dibahagikan kepada tujuh blok.

“Tujuannya adalah untuk mencari peluang perniagaan di peringkat global untuk meningkatkan ekonomi negara dan merapatkan hubungan diplomatik dua hala demi pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Mohamad mengingatkan agar Pentadbiran daerah Jempol menyelesaikan segera baki peneroka FELDA Serting Hilir 2,3,4, 6 dan 7 yang masih belum menerima suratan hak milik dan perlu dilaksanakan selewat-lewatnya Disember 2017 ini.

Pada majlis yang sama, Mohamad turut menyampaikan replika cek RM67.5 juta kepada Ketua Peneroka Wilayah Raja Alias, Othman Parman sebagai bayaran insentif khas kepada warga peneroka.

Mohamad juga meluluskan peruntukan RM15 ribu yang akan disalurkan kepada akaun JKKK Serting Hilir 1 dan 5.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Serting, Shamsulkahar Mohd Deli juga berkata, majlis tersebut paling bermakna kepada penerima suratan hak milik kerana selepas 30 tahun mereka akhirnya dapat memegang suratan hak milik sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan pada awal kemasukan ke rancangan Felda ini.

Ariffin Sidol bersama anaknya.

Ariffin Sidol bersama anaknya.

Bagi salah seorang penerima, Ariffin Sidol, 64 berkata dia amat gembira apabila menerima suratan hak milik.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan FELDA dan kerajaan kerana diberi peluang menjadi peneroka sejak 1988 dan memiliki 10 ekar tanah.

“Saya berjanji akan sama-sama mengusahakan tanah tersebut melalui usahasama dengan FELDA,” ujar bapa kepada lima anak itu lagi.

Bagi Mohd Ali Baqaruddin, 54, yang menjadi peneroka Serting Hilir pada 1987 pula berkata, dahulu kehidupan mereka susah dan hanya mempunyai pendapatan bulanan RM200 sahaja.

Ali Baqaruddin bersama isteri.

Ali Baqaruddin bersama isteri.

“Namun, setelah menyertai FELDA kehidupan mereka sekeluarga lebih sempurna dan teratur. Saya berhasrat mengusahakan tanah tersebut secara persendirian,” jelasnya.

Manakala Peneroka Felda Serting Hilir 1, Darus Rashid, 53, berkata, pada awal kemasukannya dia baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan pendapatan bulanan RM150 dan menghadapi masalah kewangan.

“Namun demikian atas kesabaran dan usaha Isterinya mula mengusahakan peniagaan menjual nasi lemak secara kecil-kecilan untuk menyara hidup dan kini mempunyai lima orang anak semuanya berjaya dalam pelajarannya hasil daripada bantuan FELDA,” jelasnya.

 

SF/AAS

Tinggalkan komen anda