Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

MyCARE Lancar Tabung Kecemasan Rohingya

By 27 September 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Anwar Aizuddin Abdul Wahab & Mohd Shahfuri Saidan Khadri (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Malaysiaaktif) – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) hari ini melancarkan ‘Tabung Kecemasan Rohingya’ bernilai RM150 ribu dalam bentuk bantuan kecemasan meliputi keperluan makanan, air bersih, penempatan sementara dan tandas yang disalurkan dengan bantuan tiga rakan badan bukan kerajaan (NGO) MyCARE di Bangladesh.

Menurut Pengerusi MyCARE, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, “MyCARE juga telah mengumpul kekuatan sokongan dan bantuan kemanusiaan dari segi perubatan melalui ‘Misi Kemanusiaan MyCARE ke Cox Bazar 2 & 3’ yang akan berlepas pada Oktober ini dan kami mensasarkan bantuan susulan sebanyak RM350 ribu pada misi ini.”

Dari kiri: Wakil Komuniti Rohingya, Ustaz Nurul Amin Sirajul Haque; Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarulzaman Zaman Shaharul Anwar; Pengerusi MyCARE, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor dan Prof.Dr. Azizah Kassim dari Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa UKM.

Dari kiri: Wakil Komuniti Rohingya, Ustaz Nurul Amin Sirajul Haque; Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarulzaman Zaman Shaharul Anwar; Pengerusi MyCARE, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor dan Prof.Dr. Azizah Kassim dari Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa UKM.

Jelasnya, bantuan awal pada April 2017 berjumlah RM80 ribu telah berjaya disampaikan, namun peningkatan sekali ganda ekoran konflik pelarian etnik Rohingya kepada 850 ribu daripada 400 ribu pelarian sedia ada ini telah menjadi modus operandi untuk MyCARE melancarkan tabung dan misi kemanusiaan ini.

“MyCARE turut menyusun pertemuan dengan wakil-wakil komuniti Rohingya dalam negara hari ini bagi memperkukuhkan kerjasama dan persefahaman sedia ada serta menangani persepsi negatif masyarakat ke atas komuniti Rohingya yang tular di media sosial baru-baru ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor menyampaikan sumbangan kepada Wakil Komuniti dan Madrasah Rohingya.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor menyampaikan sumbangan kepada Wakil Komuniti dan Madrasah Rohingya.

Pada program yang sama, turut diadakan penyampaian replika cek bernilai RM1,000 kepada 14 buah madrasah dan komuniti Rohingya sedia ada di Selangor, Johor, Kelantan dan Negeri Sembilan.

MyCARE mengajak rakyat Malaysia yang prihatin untuk bersama-sama menjayakan misi ini dengan menghulurkan sumbangan melalui akaun rasmi MyCARE Maybank 5642-5856-0698; CIMB 8602-135-592; Bank Islam 1209-2010-0349-04 atau pautan www.billplz.com/selamatkanrohingyaa.

 

– AH/AAS

Tinggalkan komen anda