Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Anak Tabika Dibimbing Cinta Negara

By 15 September 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

MUKAH, 15 Sept (Malaysiaaktif) – Melentur buluh biarlah daripada rebungnya dan semaikan semangat cintakan negara daripada peringkat awal usia.

Bersempena sambutan Hari Malaysia 2017, sekolah Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Rh. Aji telah mengadakan pelbagai aktiviti dalam menyambut sambutan Hari Malaysia kali ini.

Antara aktiviti yang diadakan melibatkan si cilik.

Antara aktiviti yang diadakan melibatkan si cilik.

Menurut seorang guru tabika tersebut, Noriswati Hassan, antara lain tujuannya adalah untuk meraikan hari bersejarah ini, disamping mengeratkan silatulrahim antara ibu bapa, guru dan anak-anak.

“Acara yang julung kali diadakan di sekolah ini merupakan inisiatif kami dengan kerjasama ibu bapa dan guru-guru serta pembantu diharapkan dapat mencetuskan semangat kerjasama dan perpaduan daripada pelbagai bangsa.

“Bertemakan pelbagai warna baju, seluar dan topi, menggambarkan kepelbagaian bangsa, agama serta kepercayaan masing-masing, dan ini menunjukkan perpaduan adalah amat penting dalam negara kita, dan kita mahu negara kita sentiasa maju dan damai,” ujarnya.

Menurut Rosynah,walaupun program dianjurkan di tempat sendiri, penglibatan daripada penduduk setempat memberikan semangat kepada para pelajar serta berhasrat untuk menganjurkan lagi aktiviti seumpama ini pada masa akan datang.

“Bukan sekadar memupuk semangat patriotik, namun sekolah ini dijangka mampu mencetuskan perubahan dalam pemikiran anak-anak tabika supaya menghargai negara.

“Saya berharap seluruh masyarakat bersama-sama memberi sokongan dan menghayati erti sebenar Hari Malaysia sebagai satu wadah memupuk sifat kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum,” katanya.

Rosynah turut menegaskan bahawa bukannya mudah untuk mencapai kemerdekaan, namun harus memastikan semangat kesepaduan terus wujud dalam kalangan rakyat bagi memastikan negara terus gemilang.

-SH

Tinggalkan komen anda