Skip to main content
Home

Tragedi Tahfiz: Van Jenazah Tiba Di HKL

By 15 September 2017Tiada komen1 minit bacaan

KUALA LUMPUR: Van jenazah dilihat mula tiba di perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL), dipercayai bagi membawa jenazah mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ke tanah perkuburan untuk disemadikan.

Setakat ini tujuh van jenazah yang dinomborkan 1 hingga 7 berada di perkarangan IPFN HKL itu.

Seorang pemandu van jenazah dari Masjid Ibnu Khaldun Sungai Besi, ketika ditemui berkata mereka belum dimaklumkan lokasi tanah perkuburan yang akan dituju.

Katanya, beliau difahamkan sebanyak 23 van jenazah dari masjid-masjid di sekitar Wilayah Persekutuan akan digerakkan untuk membawa jenazah ke lokasi pengebumian.

 Media melaporkan keputusan ujian DNA dijangka dikeluarkan paling awal pada 3.30 petang Jumaat.

Waris dan anggota keluarga mangsa juga sudah mula berada di IPFN untuk menerima jenazah bagi urusan pengebumian.

Dalam kejadian awal pagi Khamis, 21 pelajar dan dua tenaga kerja yang merupakan warden dan guru pusat tahfiz tersebut, terkorban.

 

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1391529

 

Tinggalkan komen anda