Skip to main content
Berita TengahHomeSelangor

Kad Kredit AmBank Islamic-UIAM Kumpul Dana IEF

By 4 Oktober 2017November 7th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 4 Okt (Malaysiaaktif) – AmBank Islamic Berhad (AmBank Islamic) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini melancarkan Kad Kredit AmBank Islam-UIAM di kampus UIAM, di sini.

Menurut Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamarudin, program yang telah lama dirancang bersama AmBank untuk mengisi Dana Wakaf UIAM (IEF) ini juga merupakan salah satu usaha pihak universiti bagi membantu pelajar dari seluruh dunia meneruskan pengajian di UIAM.

“UIAM merupakan universiti awam pertama di negara ini yang melaksanakan program ini dan saya yakin sasaran 5,000 pemegang kad kredit menyertainya program ini pada tahun pertama dilancarkan kerana UIAM mempunyai 80 ribu alumni, 4,000 kakitangan dan 30 ribu pelajar,” ujar Zaleha.

Tambah Zaleha, pihaknya juga sedang merancang untuk bekerjasama dengan Pusat Zakat Selangor (PZS) bagi mempermudahkan potongan zakat melalui kad kredit ini serta pembayaran lain seperti wakaf dan sedekah.

Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamarudin dan Datuk Sulaiman Mohd Tahir mengadakan sidang media selepas pelancaran Kad Kredit AmBank Islamic-UIAM di UIAM kampus Gombak, hari ini.

Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamarudin dan Datuk Sulaiman Mohd Tahir mengadakan sidang media selepas pelancaran Kad Kredit AmBank Islamic-UIAM di UIAM kampus Gombak, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, melalui kerjasama dengan UIAM dan JomPAY, pihaknya memulakan satu lagi inisiatif bagi menawarkan lebih banyak produk kepada para pelanggan sambil membantu mengumpulkan dana IEF yang akan digunakan untuk membantu pelajar UIAM yang memerlukan dalam pengajian mereka.

“Pemegang kad kredit AmBank-UIAM boleh menyumbang terus kepada IEF atau mereka berbelanja seperti biasa iaitu melalui pengumpulan mata AmBonus, setiap 3,000 mata AmBonus boleh ditukarkan dengan RM10 kepada tabung tersebut,” jelas Sulaiman.

– AH

Tinggalkan komen anda