Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Aplikasi ‘Traqkid’ Alat Penjejak Kanak-Kanak

By 2 November 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto: Rajeswari Nagamuthu & Rahimah Rafiai (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Majlis pelancaran alat penjejak kanak-kanak, aplikasi TraqKid dan majlis menandatangani MOU antara syarikat Knightsbridge Resources dan U Mobile telah diadakan di sini, hari ini

Menurut Ketua Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee, “Aplikasi yang dibangunkan Syarikat Knightsbridge Resources Sdn Bhd bersama Syarikat U Mobile Sdn Bhd ini merupakan aplikasi pertama di Malaysia berasaskan telefon bimbit yang mampu menjejak kanak-kanak secara menyeluruh oleh ibubapa”.

“Kemudahan ini juga dapat membantu ibubapa mengetahui lokasi anak-anak mereka dan mendapatkan bantuan kecemasan sekiranya diperlukan,” katanya.

Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee semasa memberi ucapan

Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee semasa memberi ucapan

Jelas Jasmine, ini kerana aplikasi ini disokong oleh pusat panggilan TraqKid dan anggota Kepolisan Komuniti Malaysia.

“Sistem TraqKid ini berfungsi menerusi Sim kad U Mobile yang dilengkapi dengan teknologi perkhidmatan lokasi berasaskan SIM yang mampu mengesan mana-mana alat Global System Communication (GSM),” katanya lagi.

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menegaskan bahawa kanak-kanak adalah aset penting dalam pembangunan negara kerana mereka merupakan pewaris untuk fasa pembangunan seterusnya.

“Oleh itu, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kolektif semua untuk memainkan peranan proaktif dalam melindungi dan memastikan keselamatan mereka,” jelas Rohani yang juga merupakan penaung Traqkid.

Majlis menandatangani MOU antara Syarikat Knightsbridge Resources dan U Mobile disaksikan Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Majlis menandatangani MOU antara Syarikat Knightsbridge Resources dan U Mobile disaksikan Datuk Seri Rohani Abdul Karim

TraqKid yang berharga RM58.00 setiap bulan boleh ditempah dengan U Mobile mulai hari ini dan yuran pendahuluan sebanyak RM36.00 akan dicaj bagi insurans kemalangan peribadi.

Untuk maklumat lanjut, boleh melayari laman web www.traqkid.my.

– AH

Tinggalkan komen anda