
Laporan oleh: Jaitripta Kaur & Parameswary Lekshmnan / Foto: Farhan Abdullah (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Malaysiaaktif) – Prince of Wales, Putera Charles dan isteri baginda, Camilla, Duchess of Cornwall, telah mengadakan lawatan rasmi ke Gereja St. Mary, di sini semalam.
Pasangan diraja ini telah mengambil peluang tersebut untuk beramah mesra dengan penganut-penganut kristian Roman Katolik di sini sebelum berangkat ke destinasi lawatan seterusnya, ke Perak.
Putera Charles dan Camilla turut menyertai penganut Roman Katolik yang lain dalam menunaikan ibadah pagi yang telah diketuai oleh paderi, Datuk Ng Moon Hin.
Pasangan diraja ini akan mengakhiri lawatan ke Malaysia sempena sambutan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara United Kingdom dan Malaysia dengan mengunjungi Geogetown, Pulau Pinang yang juga dikenali sebagai Prince of Wales Island pada suatu ketika dulu.
Pewaris takhta Britain ini dan isteri baginda akan meneruskan lawatan ke negara Komanwel seterusnya, iaitu India pada 8 November.
Turut hadir, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Vicki Treadell; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri S.K. Devamany dan dekan Gereja St. Mary, Dr. Andrew Cheah.