Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Bajet 2018 : Rakyat Syukur BR1M Diteruskan

By 5 November 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Nur Shafira Mat Hussin / Zamri Abdullah (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 5 Nov (Malaysiaaktif) – Dalam pembentangan Bajet 2018 yang lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dijangka memberi manfaat kepada seramai juta penerima dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM6.8 bilion.

Bagi seorang warga emas, Jaafar Mat Hassan, 79, beliau bersyukur kerana bakal menerima BR1M sekali lagi pada tahun hadapan memandangkan beliau memerlukan bantuan tersebut.

“BR1M meringankan beban saya kerana sedikit sebanyak dapat menampung kos lampin pakai buang dan makanan kesihatan untuk isteri yang terlantar sakit kerana menghidap penyakit buah pinggang kronik setelah hampir 2 tahun,” ujarnya.

ADUN Selising, Zulkifle Ali, turut meluangkan masa menziarahi masyarakat setempat sambil menghulurkan bantuan.

ADUN Selising, Zulkifle Ali, turut meluangkan masa menziarahi masyarakat setempat sambil menghulurkan bantuan.

Jaafar yang ketika ditemubual Malaysiaaktif di Kampung Tasik Pauh, Selising, di sini sempena Program Sentuhan Kasih Cinta Negara turut menyifatkan Bajet 2018 yang diumumkan 27 Oktober lalu bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa, terutama dengan pemberian BR1M yang masih diteruskan pada tahun hadapan.

Pemberian BR1M yang mula diperkenalkan pada 2012 telah memanfaatkan ramai penerima dan isi rumah, terutama bagi keluarga yang pendapatan RM3,000 ke bawah.

Bagi Zainuri Jusoh, beliau menolak pandangan pihak yang mengatakan pemberian BR1M ataupun bantuan yang diumumkan dalam Bajet 2018 adalah gula-gula yang cuba untuk mempengaruhi pengundi.

“Pemberian BR1M yang masih diteruskan adalah sebagai suatu tanda keprihatinan pihak kerajaan dalam membantu rakyat yang berpendapatan rendah.

“Bagi mereka yang memerlukan, ia akan digunakan dengan sehabis baik terutamanya untuk membeli keperluan harian di rumah mahupun untuk kebajikan anak-anak,” jelasnya lagi.

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda