Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Kembara Jalinan Kasih Penghubung Rakyat dan Kerajaan

By 27 November 2017Disember 1st, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Norlydiana Ishak & Mohd Shahfuri Saidan Khadri (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Malaysiaaktif) – Senyuman gembira terukir di wajah pesara tentera zaman komunis, Pak Hashim, 81, dan isteri apabila meneriman kunjungan Kembara Jalinan Kasih (KJK), di sini semalam.

“Terima kasih pada semua yang sudi hadir hari ini. Pakcik rasa bersyukur kerana Jabatan Penerangan Malaysia bermurah hati memberi barangan keperluan bagi meringankan beban pakcik dan keluarga. Pakcik amat berharap pihak jabatan dapat meneruskan usaha murni ini,” katanya.

KJK bertujuan untuk mendampingi masyarakat setempat secara langsung menerusi aktiviti kemasyarakatan selain pelaksanaan aktiviti pemasaran maklumat bagi melahirkan komuniti setempat yang bermaklumat serta memperkukuhkan ikatan silatulrahim antara pemimpin masyarakat dan agensi-agensi kerajaan dengan masyarakat setempat.

KJK yang meliputi empat kawasan perumahan awam iaitu Taman Ikan Emas, PA Sri Johor, PA Sri Pulau Pinang dan PA Sri Melaka ini telah menyampaikan sumbangan berupa keperluan harian kepada 40 keluarga terpilih.

Penerima sumbangan dari Taman Ikan Emas, Halimah Abdul Karim, 73

Penerima sumbangan dari Taman Ikan Emas, Halimah Abdul Karim, 73

Menurut penerima sumbangan dari Taman Ikan Emas, Halimah Abdul Karim, 73, dia berterima kasih kepada pihak Jabatan Penerangan Malaysia dan pemimpin masyarakat atas keprihatinan semua pihak dalam meringankan beban kehidupan yang ditanggungnya.

Tambah Halimah, dia berharap akan lebih banyak agensi-agensi kerajaan yang menghulurkan bantuan.

Seorang lagi penerima bantuan yang mengalami lumpuh separuh badan, Mohd Amin Bahari, 63, bersyukur atas pemberian sumbangan kerana sedikit sebanyak membantunya.

penerima bantuan yang mengalami lumpuh separuh badan, Mohd Amin Bahari, 63

Penerima bantuan yang mengalami lumpuh separuh badan, Mohd Amin Bahari, 63

Sementara itu, penerima bantuan yang telah kematian suami, Lim Sweet Inn, 69, berkata dia cukup berterima kasih kepada pihak kerajaan yang memberi bantuan kepadanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman yang mengetuai program KJK di sekitar Bandar Tun Razak, di sini berkata pemberian ini tidak akan berhenti di sini sahaja kerana pelbagai program dan bantuan susulan daripada agensi- agensi yang berkaitan akan diteruskan bagi memastikan nasib golongan yang memerlukan seperti Orang Kelainan Upaya, pesakit kronik, warga emas dan orang miskin terbela.

Turut hadir, Setiausaha Bahagian Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Ruzaini Idris, Timbalan Ketua Pengarah (Penerangan Strategik) Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid dan Ahli Lembaga Penasihat DBKL, Datuk Rizalman Datuk Mokhtar.

– AH

Tinggalkan komen anda