Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurPutrajayaWilayah Persekutuan

Program 1Malaysia Negaraku: 500 Hadir Ceramah Cintaku 100%

By 26 November 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan oleh: Diyana Zamri / Foto: Shaiful Nizal Ismail & Zarith Zulkifli (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Malaysiaaktif) – Kira-kira 500 orang yang terdiri daripada penduduk tempatan dan beberapa sekolah tahfiz berdekatan hadir pada ceramah perdana ‘Cintaku 100%’ sempena Program 1Malaysia Negaraku di Masjid Azzubair Ibnul Awwam, di sini kelmarin.

Elemen perpaduan dan kemasyarakatan dalam kalangan rakyat merupakan antara input utama ceramah oleh Ustaz Elyas Ismail pada program anjuran pihak masjid dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) ini.

Pada program yang sama, JaPen telah menyampaikan sumbangan berupa Al-Quran digital kepada sekolah-sekolah tahfiz yang terlibat iaitu Maahad Tahfiz Zaid bin Harithah, KAFA Mifthanul Uloom, Maahad Tahfiz Darul Azhar, Akademi Tahfiz Darul Abrar dan Madrasah Tahfis Al-Quran Syazwan serta sebuah televisyen kepada pihak masjid.

WhatsApp Image 2017-11-25 at 10.02.08

Dalam pada itu, dua ceramah agama Buddha dan Hindu turut diadakan secara serentak di Persatuan Kebajikan dan Perkhidmatan Amitabha Kuala Lumpur dan Selangor serta Kuil Arulmigu Maha Mariaman.

Ceramah ini diadakan sempena Program 1Malaysia Negaraku Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Padang Bola Sepak Perumahan Awam Seri Johor, di sini hari ini.

WhatsApp Image 2017-11-25 at 10.02.13

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Penerangan Strategik), Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid, program ini merupakan satu cara untuk mendekatkan pemimpin dengan rakyat di samping mengekalkan perpaduan antara rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Pelbagai program menarik dan perkhidmatan disediakan untuk para pengunjung, antaranya termasuk Konsert 1Malaysia Negaraku oleh artis terkenal tanah air, kaunter balai polis bergerak dan jualan My Best Buy oleh FAMA,” jelasnya.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan Ahli Lembaga Penasihat DBKL, Datuk Rizalman Datuk Mokhtar.

– AH

Tinggalkan komen anda