Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul Tawar Hadiah Menarik

By 20 November 2017November 22nd, 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 20 Nov (Malaysiaaktif) – Bersempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak, Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Negeri Sarawak menjemput orang ramai untuk memeriahkan majlis perhimpunan dan menyertai pertandingan sepanduk yang dianjurkan.

Menurut Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha, pertandingan ini terbuka kepada semua persatuan mahupun organisasi mengikut kategori yang ditetapkan.

Dataran Perayaan yang manjadi salah satu sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 30 November dan 1 Disember ini.

Dataran Perayaan yang manjadi salah satu sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 30 November dan 1 Disember ini.

“Terdapat tujuh kategori dipertandingkan iaitu kategori pertama melibatkan jabatan, agensi kerajaan dan badan berkanun, manakala kategori kedua dan ketiga masing-masing melibatkan firma swasta dan institusi kewangan serta masjid dan surau.

“Empat lagi kategori dipertandingkan termasuklah kampung, institusi pengajian tinggi, sekolah dan kategori hadrah dan zikir,” ujarnya ketika mempengerusikan mesyuarat Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak, siang tadi.

Bertemakan ‘Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara’, orang ramai dijemput memeriahkan majlis pada 30 November dan 1 Disember ini bertempat di Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Dataran Perayaan, Kuching.

Menurut Misnu, penyertaan masih dibuka dan tarikh tutup penyertaan adalah pada Jumaat ini.

“Borang penyertaan boleh dimuat turun dalam laman sesawang www.mis.sarawak.gov.my, mahupun www.jais.sarawak.gov.my ataupun
hubungi urus setia di talian 082-507198,” jelasnya lagi.

– SH/AAS

Tinggalkan komen anda