Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Landas 11 Mengekalkan Gelaran Raja Sungai 2017

By 20 November 2017November 22nd, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad / Cassidy Lisut (Sarawak)

KUCHING, 20 Nov (Malaysiaaktif) – Pasukan Landas  11 masih mengekalkan kejuaraannya sebagai Raja Sungai setelah muncul juara bagi kategori Bidar 30 pekayuh lelaki pada Regatta Sarawak 2017 di Tebingan Kuching, semalam.

Pasukan Landas membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, beserta piala pusingan Tuan Yang Terutama.

GEMBIRA: Pasukan Landas menjuarai keseluruhan acara Regatta Sarawak 2017.

GEMBIRA: Pasukan Landas menjuarai keseluruhan acara Regatta Sarawak 2017.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi pasukan Yayasan Sarawak dan Landas 31 dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM8,000 dan RM6,000.

Perlumbaan perahu yang dianjurkan buat kali ke-145 itu menarik ribuan penonton dari seluruh negeri Sarawak dan Regatta Sarawak ini merupakan acara tahunan sempena festival Kuching Waterfront.

Sementara itu, turut mencemar duli menyertai perlumbaan ini, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang bertanding bagi kategori Bidar 20 Pekayuh Lelaki (kategori VVIP), seterusnya muncul juara menumpaskan pasukan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, di tempat kedua.

IKUT SERTA : Sultan Hassanal turut serta dan menjuarai kategori VVIP

IKUT SERTA : Sultan Hassanal turut serta dan menjuarai kategori VVIP

Menurut Residen Bahagian Kuching, Shukarmin Chasemon, penganjuran Regata Sarawak ini bertujuan memperkenalkan Sarawak di mata dunia.

“Perlumbaan ini diadakan bagi memupuk dan memperkuat impian Sarawak menjulang dan mempopularkan nama negeri ini di persada dunia di samping menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai suku kaum yang mendiami Bumi Kenyalang ini,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pengunjung perlumbaan tersebut, Victor Pulau, menyifatkan regatta tahun ini teramai dengan jumlah pengunjungnya.

“Pengunjung yang cukup ramai pada tahun ini, ditambah pula dengan pelbagai gerai jualan makanan dan hasil kraf disediakan untuk kemudahan pengunjung.

 

– SH/AAS

 

Tinggalkan komen anda