Skip to main content
Berita TempatanSabah

PM Ceriakan SK Tanaki

By 21 November 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan: Mohammad Abdul Rahman / Foto: Johnny G.Kimlon (Sabah)

PAPAR, 21 Nov (Malaysiaaktif) – Di kala sepupunya, Mohd Haikal David dikerumuni media kerana dapat duduk dan bermesra dengan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Dyvie Darius, 7, pula berasa kecewa.

Dia datang ke sekolah bersama keluarganya seawal 3.00 petang, sedangkan ketibaan pemimpin nombor satu negara dijadualkan pada 5.00 petang ke Sekolah Kebangsaan Tanaki.

Dyvie (kanan) ketika ditanya masih merajuk atau tidak kerana tidak berpeluang bersalam dengan Najib.

Dyvie (kanan) ketika ditanya masih merajuk atau tidak kerana tidak berpeluang bersalam dengan Najib.

Menurut ibunya, Roslin Joseph, 40, ketika penduduk kampung berbaris di tepi laluan untuk bersalaman sebelum PM beredar meninggalkan majlis, Dyvie  turut menyelit dirinya dalam barisan.

“Dari rumah lagi, Dyvie teringin sangat berjumpa dengan Perdana Menteri. Jadi, dia pun tidak sabar-sabar mengajak saya dan suami datang awal ke sekolahnya.

“Dia cemburu kerana abangnya, Dexter dan sepupunya, Haikal dapat bersama PM di dalam kelas yang dirancang pihak sekolah ?untuk lawatan itu.

“Jadi, dia hanya tunggu peluang di luar kelas. Malah, ketika kami bersama para ibu bapa lain bersesak-sesak berbaris di tepi laluan untuk bersalaman dengan PM, dia pun sibuk menyelit di antara saya dan suami.

“Malangnya, ketika kami bersalaman dengan PM dengan penuh teruja, PM terlepas pandang mungkin kerana Dyvie kecil dan sesi tu berlaludengan cepat.

“Selepas itu, dia melihat dari jauh sepupunya, Haikal dikerumuni media. Memang kasihan dengan Dyvie walaupun dia tidak cakap, tapi tengoklah mukanya sekarang,” kata ibunya sambil tersenyum.

Seperti Dyvie, ayahnya, Darius Golimpa?i, 43, Pegawai Penguasa Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Papar terharu atas kehadiran PM ke kampungnya pada Sabtu.

Mohd Haikal (dua dari kanan) ketika membaca karangannya bertajuk 'Sekolah Baharu Saya' sambil diperhatikan Najib (tiga dari kanan) dan Dexter (belakang, tengah).

Mohd Haikal (dua dari kanan) ketika membaca karangannya bertajuk ‘Sekolah Baharu Saya’ sambil diperhatikan Najib (tiga dari kanan) dan Dexter (belakang, tengah).

“Selama ini kita hanya lihat PM dalam televisyen, tetapi kali ini dapat jumpa depan mata. Wahhh, penduduk di sini rasa seperti menang tiket loteri 6D!” ujarnya dalam nada gurauan.

Berbeza dengan Mohd Haikal, 12, yang bertuah kerana impiannya berjumpa dengan PM ?menerusi karangannya bertajuk ‘Sekolah Baharu Saya’, kini me?njadi kenyataan.

“Saya g?ementar dan teruja?, tetapi lega sebab dapat ?membaca karangan yang saya buat sendiri untuk PM di depannya?,” kongsi Haikal.

Pada Sabtu, Najib sempat melawat penambahan bilik darjah di sekolah berkenaan, selepas terbakar pada 2015 dan terpaksa beroperasi di bawah khemah selama tiga bulan, sebelum menempatkan 70 muridnya dalam dua blok bangunan sementara.

-SF

Tinggalkan komen anda