
Laporan & Foto: Ramasamy Amas
JEMPOL, 26 Nov (Malaysiaaktif) – âSaya amat gembira dan bangga kerana dapat menunaikan janji saya ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk menaik taraf Jalan Kampung Gedes Ke Sungai Sebaling sejauh lebih kurang 5kmâ.
Demikan kata, Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Shamsulk Kahar Md Deli pada Majlis Perasmian Naik Taraf Jalan Kampung Gedes ke Sungai Sebaling pada Jumaat.
Tambahnya, projek yang menelan kos RM4.5 juta ini ialah peruntukan kerajaan Negeri Sembilan dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2018.
Tambahnya, dengan perlaksanan projek jalan ini akan memberi faedah kepada masyarakat setempat di Kampung Gedes dan Sungai Sebaling yang dapat menjalankan aktiviti seharian dengan mudah dan lebih selesa lagi.
âSelepas naik taraf, jalan Kampung Gedes ke Sebaling akan mengambil masa tujuh hingga sembilan minit sahaja berbanding 45 minit sekarang.
âSaya sebagai wakil rakyat kawasan DUN Serting akan memastikan semua kawasan penempatan termasuk kawasan Melayu, Cina dan India akan diberi kesamarataan dalam usaha membangunkan projek pembangunan serta memastikan infrastruktur seperti jalan raya, pusat kesihatan, dewan orang ramai, sistem perparitan dan sebagainya,â katanya.
Mengulas lanjut, Kampung Gedes pada satu ketika dahulu ialah sebuah ladang getah milik Syarikat Dunlop yang terbesar di Malaysia dan kini menjadi perkampungan masyarakat Cina dan India, terbahagi kepada empat bahagian iaitu Kampung Gedes A, B, C dan D dan majoritinya ialah masyarakat cina .
âKerajaan negeri sentiasa akan mengutamakan keselesahan dan kesejahteraan rakyat dalam kedudukan yang paling utama Sejajar dengan itu, kerajaan Negeri Sembilan menerusi kepimpinan Mohamad Hasan telah memperkenalkan Dasar âMemakmurkan Negeri dan Mensejahterakan Rakyatâ agar setiap kaum masyarakat di Negeri Sembilan tidak terpinggir daripada arus pembangunan negeri,â jelasnya
Shamsul Kahar yang juga ADUN Kawasan Serting berkata Projek fasa kedua iaitu naik taraf jalan dari Sungai Sebaling ke Bandar IOI sejauh lebih kuang 10km akan dilaksanakan sekiranya terdapat kerjasama yang baik daripada penduduk setempat,â tegasnya.
Dalam pada itu, pegawai Daerah Jempol, Zazali Salahuddin juga menyifatkan projek naik taraf ini akan menjana pendapatan ekonomi masyarakat setempat kerana projek fasa kedua yang akan menghubungkan jalan dari sungai sebaling ke Bandar IOI akan dibincangkan dalam Pelan Tindakan Pembanguan Daerah kelak apabila Projek Jalan Naik Taraf fasa 1 apabila siap sepenuhnya.
âApabila kedua-dua fasa siap kelak akan memendeKkan perjalanan dari Kampung Gedes Ke Bandar IOI iaitu akan mengambil masa 20 minit sahaja berbanding sejam 20 minit sekarang.
âMasyarakat setempat juga perlu memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan daerah dan negeri termasuk Menteri Besar Negeri Sembilan agar apa-apa jua projek yang dirancang untuk masyarakat dapat dilaksanakan dengan sempurnanya.
Bagi pekerja ladang Sungai Sebaling yang menetap di Kg.Gedes, R. Ratnam pula melahirkan rasa gembira kerana apabila jalan ini siap nanti akan memudahkannya berulang alik ke ladang Sungai Sebaling kerana bekerja sebagai penoreh getah.
Sementara itu, Leong Hong Ying, 62, berkata jalan ini ialah jalan utama satu ketika dahulu kalau nak pergi Pekan Bahau mengambil masa sejam .
Manakala Guru Besar SJK (T) Ladang Sungai Sebaling pula berkata apabila jalan ini siap besar kemungkinan akan berlaku pertambahan pelajar di sekolahnya yangh kini hanya mempunyai lapan murid sahaja.
-SF