Skip to main content
Berita TempatanNegeri Sembilan

UPSR-SJK (T) Ladang Middelton Catat Kelulusan 100%

By 23 November 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & Foto: Ramasamy Amas

JEMPOL, 22 Nov (Malaysiaaktif) – “Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 yang dikeluarkan hari ini ada sedikit peningkatan berbanding tahun lalu”.

Demikian kata Pegawai Pengelola Sekolah Sekolah Tamil Daerah Jempol, R.Murali ketika dihubungi Malaysia Aktif pagi tadi.

Tambahnya, sebanyak 11 Sekolah SRJK (T) di daerah Jempol telah menunjukkan prestasi peningkatan antara 20 hingga 50%.

“Buat julung kali SRJK (T) Ladang Middelton memperoleh keputusan kelulusan 100% berbanding hanya 50% pada 2016. SRJK (T) Ladang Jeram pula memperoleh 92% lulus berbanding 65% pada 2016,” ujarnya.

Sementara itu, Guru Besar  SJK (T) Ladang Senama, Shafina Abdullah berkata sasaran pihak sekolah tahun ini ialah 75%, tetapi kami hanya memperoleh kelulusan 50% berbanding 100% pada 2016.

Murid Tahun 6 ketika menerima keputusan UPSR

Murid Tahun 6 ketika menerima keputusan UPSR

“Ramai pelajar yang gagal dalam satu mata pelajaran menjadi punca penurunan. Pembaharuan dalam sistem ujian kali ini lebih menjurus kepada sistem baharu iaitu Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang diperkenalkan tahun ini yang merupakan pelaporan penting bagi murid untuk memohon masuk ke sekolah menengah,

“PPSR mengandungi semua mata pelajaran yang dipelajari oleh murid sepanjang berada di sekolah rendah termasuk sejarah, reka bentuk, aktiviti sukan, kokurikulum, dan teknologi maklumat telekomunikasi,” katanya

Dalam pada itu, Guru Besar SRJK (T) Ladang Bahau, JR Kayathiri yang baru bertukar sebulan ke sekolah ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Mantan Guru Besar, guru-guru, ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang telah memberi kerjasama yang sangat baik.

“Keputusan mencatatkan peningkatan iaitu 69.5% berbanding 59.5% tahun lalu, Kami menetapkan sasaran kelulusan 85% lulus pada 2018,” ujarnya lagi.

-SF

Tinggalkan komen anda