Skip to main content
Berita TempatanNegeri Sembilan

UPSR-Fokus Dalam Kelas Kunci Kejayaan

By 23 November 2017Tiada komen1 minit bacaan

Laporan & Foto: Suzilawati Kamarudin & Jamilah Sulaiman  (Seremban)

SEREMBAN, 23 Nov (Malaysiaaktif) – Air mata kegembiraan ibu bapa, pelajar dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Rahang menggambarkan perasaan syukur meraikan kejayaan anak-anak mengambil keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), hari ini.

Pelajar tahun 6A, Shahrina Ramli, menzahirkan kegembiraan ketika ditemu bual.

“Saya tidak sangka hari ini saya peroleh 6A, saya hanya fokus semasa dalam kelas dan banyak bertanya dengan guru sekiranya tidak faham,“ ujarnya.

Kamisah Ismail dan suami mengambil cuti untuk menemani anak

Kamisah Ismail dan suami mengambil cuti untuk menemani anaknya, Shahrina

Sementara itu, ibunya, Kamisah Ismail yang merupakan Guru Tabika Perpaduan Bukit Kepayang, memaklumkan dia bukan tidak mahu hantar anak ke kelas tambahan, tetapi faktor tempat kelas tambahan jauh dari kediaman.

“Saya bersyukur mempunyai anak yang mendengar kata dan tidak pernah menyusahkan saya. Dia memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas dan rajin merujuk kepada cikgu di sekolah,” tambahnya.

Mengulas berkenaan sistem Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang dilaksanakan pada tahun ini, kakitangan swasta, Mashimiza Mahibudin, menyambut baik penambahbaikan yang dilaksanakan.

“Tahun ini amat bagus kerana kami (para ibu bapa) menerima keputusan anak-anak bukan sahaja menerusi bilangan A, tetapi menekankan pentaksiran bilik darjah, pentaksiran psikometrik dan pentaksiran aktiviti jasmani dan sukan.

“Walaupun sistem hari ini tidak mengumumkan berapa orang yang terima A, tetapi ibu bapa menjadi lebih menghargai anak-anak walaupun anak tidak mendapat 6A,“ ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Senator Datuk Chong Sin Woon,

-SF

Tinggalkan komen anda