Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

2,000 Bantah Batulmaqdis Sebagai Ibu Kota Israel

By 8 Disember 2017Disember 12th, 2017Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan Foto oleh: Shahfuri Saidan & Elyas Hisyam (Kuala Lumpur)

Kuala Lumpur, 8 Dis (Malaysiaaktif) – Kira-kira 2,000 orang berhimpun secara aman di luar perkarangan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, di sini hari ini bagi membantah keputusan pihak Amerika yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai Ibu kota Israel.

Perarakan yang bermula dari bangunan Tabung Haji selepas selesai solat jumaat ini membawa sepanduk ‘Hidup Palestin’ dan mengibarkan bendera Palestin disertai laungan ‘Allahu Akbar’.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin berkata usaha pihak Amerika untuk mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel adalah sama seperti menerima kekejaman Israel terhadap Palestin.

Tambahnya, ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh masyarakat dunia.

Khairy turut mendesak agar Amerika Syarikat menghormati undang-undang antarabangsa dan tidak terus menindas Palestin.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin ketika menyampaikan ucapan

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin ketika menyampaikan ucapan

Dalam pada itu, Khairy mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir termasuk badan-badan bukan kerajaan, pemimpin-pemimpin PAS serta orang ramai kerana masih dapat bersama-sama turun ke perhimpunan aman ini walaupun berlainan fahaman politik.

Pada perhimpunan ini, Khairy telah mewakili Pemuda UMNO Malaysia untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil daripada Kedutaan Amerika Syarikat.

Turut hadir, Exco Pemuda UMNO, Ustaz Fathul Bari Mat Jahya; Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Rafii; Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

– AH

Tinggalkan komen anda