Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

Kerajaan Sedia Pelbagai Faedah Kepada Pekerja – Perkeso

By 27 Disember 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan Foto oleh: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 27 Dis (Malaysiaaktif) – “Kerajaan menyediakan banyak kemudahan untuk masyarakat pekerja, yang penting mereka perlu mencarum dengan Perkeso dan perlu mengetahui hak sebagai pekerja.”

Pengurus Besar Faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Ismail Abi Hashim, berkata demikian semasa menyerahkan cek Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2000 kepada keluarga Arwah Ratna Abdul Razak yang meninggal dunia November lalu dan meninggalkan empat orang anak berusia 22 hingga 15 tahun di Kampung Nakhoda, di sini pagi tadi.

Faedah Perkeso bukan hanya melibatkan kematian tetapi bantuan berbentuk peralatan pemulihan - Ismail Abi Hashim, Pengurus Besar Faedah Pereso.

Faedah Perkeso bukan hanya melibatkan kematian tetapi bantuan berbentuk peralatan pemulihan – Ismail Abi Hashim, Pengurus Besar Faedah Pereso.

Menurutnya, sekiranya terdapat suatu kematian atau keuzuran hingga tidak boleh bekerja, waris atau masyarakat perlu semak dengan Perkeso untuk melihat faedah yang mereka akan dapat sebagai pencarum.

“Bagi keluarga Arwah Ratna yang kematian ibu dan bapa, waris iaitu anak-anak arwah akan mendapat Pencen Penakat sebanyak RM1,518.51 sebulan bermula Januari 2018 dan Faedah Pengurusan Mayat,” jelasnya.

Ismail (kanan) bertanyakan sesuatu kepada anak-anak Arwah Ratna ketika mengunjungi keluarga tersebut pagi tadi

Ismail (kanan) bertanyakan sesuatu kepada anak-anak Arwah Ratna ketika mengunjungi keluarga tersebut pagi tadi

Tambah Ismail, faedah atau bantuan Perkeso bukan hanya melibatkan kematian, tetapi terdapat bantuan berbentuk peralatan pemulihan lain seperti katil, lampin dan sebagainya berdasarkan kelayakan pencarum tersebut,” katanya.

Ismail turut menasihatkan agar masyarakat tidak menggunakan khidmat orang tengah yang ingin mengambil kesempatan kerana Perkeso menyediakan perkhidmatan secara percuma sahaja.

Syamil Akmal Shaharuddin, anak kedua Arwah Ratna mengucapkan terima kasih kepada Perkeso yang membantu keluarganya mendapat faedah-faedah caruman ibu bapanya

Syamil Akmal Shaharuddin, anak kedua Arwah Ratna mengucapkan terima kasih kepada Perkeso yang membantu keluarganya mendapat faedah-faedah caruman ibu bapanya

Sementara itu, anak kedua Arwah Ratna, Syamil Akmal Shaharuddin, 21, berkata dia mewakili keluarga mengucapkan terima kasih kepada pihak Perkeso yang membantu keluarganya mendapatkan faedah-faedah hasil caruman ibu bapa mereka.

“Saya memang mengetahui tentang faedah Perkeso ini kerana arwah ibu pernah mendapat faedah selepas kematian ayah empat tahun lalu, iaitu Pencen Penakat yang disalurkan melalui ibu,” katanya.

Perkeso mengambil tindakan segera hanya melalui maklumat daripada kenalan arwah sahaja - Datuk N.Rawisandran, Koordinator Pembangunan Persekutuan Dun Batu Caves

Perkeso mengambil tindakan segera hanya melalui maklumat daripada kenalan arwah sahaja – Datuk N.Rawisandran, Koordinator Pembangunan Persekutuan Dun Batu Caves

Dalam pada itu, Koordinator Pembangunan Persekutuan Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Caves, Datuk N.Rawisandran melahirkan rasa gembira dan terharu dengan tindakan Perkeso yang pantas membantu pencarumnya mendapatkan faedah-faedah walaupun hanya mendapat maklumat daripada orang awam sahaja.

“Saya dimaklumkan Perkeso hanya mendapat maklumat tentang kematian Ratna hanya melalui kenalan arwah sahaja, namun Perkeso dapat mengambil tindakan segera untuk menyalurkan faedah Perkeso untuk keluarga ini, syabas diucapkan” katanya.

– AH

Tinggalkan komen anda