Skip to main content
Berita TempatanSabah

Ribut Tropika Kai-Tak, MMD Pantau Rapi

By 20 Disember 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan: Asmidar Zainol / Foto: MMD (Sabah)

KOTA KINABALU, 20 Dis (Malaysiaaktif) – Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) memantau rapi Ribut Tropika Kai-Tak di Lautan Pasifik Barat.

MMD dalam kenyataannya hari ini berkata, kemungkinan taufan tersebut melanda Sabah lewat minggu ini belum dapat dipastikan.

Jelasnya, sistem bertekanan rendah yang kini berada di Lautan Pasifik Barat belum lagi mencapai status taufan dan arah pergerakannya juga masih belum dapat dipastikan.

Sekiranya suatu silikon tropika boleh memberi kesan signifikan kepada negara seperti hujan lebat, angin kencang dan laut bergerola suatu amaran awal akan dikeluarkan.

MMD akan sentiasa mengemas kini maklumat tentang silkon tropika yang berada berhampiran rantau negara termasuk Ribut Tropika Kai-Tak setiap tiga jam di laman web dan aplikasi mobil myCuaca.

Dalam mesej yang tular di media-media sosial yang tular sejak malam tadi menyatakan taufan dengan kekuatan Storm Greg yang berlaku pada 26 Disember 1996 bakal muncul semula pada 22 hingga 24 Disember ini.?

Sehingga kini MMD te?l?ah mengeluarkan amaran cuaca buruk di utara dan barat Sabah dan utara Sarawak dengan hujan lebat dijangka berterusan di kawasan tersebut sehingga 20 Disember dan kemas kini akan diberikan dari semasa ke semasa berdasarkan jangkaan pergerakan dan intensiti Ribut Tropika Kai-Tak.

Orang ramai yang berada di kawasan tersebut dinasihatkan untuk berwaspada menghadapi impak hujan lebat dan angin kencang serta perlu peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MMD selain sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa di kawasan masing-masing.

SF

Tinggalkan komen anda