Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Karnival Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2017

By 20 Disember 2017Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan oleh : Haliza Binti Mohd Taib,
Foto oleh   : Nur Akilah Bt Baharudin & Haliza Binti Mohd Taib (Muar)

 

MUAR , 18 Dis ( MalaysiaAktif) – ‘Tandas Kita: Saya Peduli, Anda?’ menjadi tema Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan yang dipilih pada tahun ini. Ini dinyatakan Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kesejahteraan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique ketika merasmikan Karnival Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 di Dataran Tanjung Emas, Muar.

Muar dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mengadakan Sambutan Hari Tandas Sedunia.

Karnival yang berlangsung di daerah ini bermula dari 16 Disember dan berakhir hari ini.

Halimah berkata, Amalan tandas bersih ini akan meningkatkan imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan bersih.

Dalam Sambutan Hari Tandas Sedunia ini, sebanyak 12 Kategori Pertandingan Tandas Bersih 1Malaysia telah dipertandingkan.

Ia bertujuan untuk meningkatkan tahap kualiti kebersihan tandas-tandas awam negara ini. Pertandingan ini telah dianjurkan selama lapan (8) tahun berturut-turut bermula pada tahun 2010 hingga 2017.

Pada tahun 2017 sebanyak 12 kategori telah dipertandingkan dengan 411 penyertaan diterima untuk penjurian. Kategori terlibat adalah seperti berikut iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Bandar raya/Perbandaran, PBT Daerah, Pejabat Kerajaan, Kawasan Pelancongan, Rumah Ibadat, Hentian Pengangkutan Awam, Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta, Pusat Membeli Belah, Kedai Makan/Restoran, Stesen Minyak, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.

Tandas Awam, Jeti Tanjung Emas, telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Tandas Bersih 1Malaysia bagi Kategori 4 iaitu Kategori Kawasan Pelancongan.

Hari Tandas Sedunia yang disambut pada 19 November setiap tahun di seluruh dunia untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang budaya tandas bersih.

Program My Beautiful Malaysia (MYBM) bermula pada tahun 2014 di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) telah mengenalpasti 325 buah tandas bagi program tersebut yang melibatkan sejumlah 87 PBT dengan menelan belanja 23.6 juta pada tahun 2015.

121 buah tandas telah dinaiktaraf yang melibatkan 57 PBT dengan menelan kos 10 juta
Tahun 2016, dan tahun 2017, sejumlah 53 buah tandas telah dinaiktaraf dengan menelan belanja sebanyak 5.9 juta.

Hari tandas sedunia dapat menjadi peringatan dan penghargaan kepada tandas yang menjadi keperluan penting di dalam hidup manusia dan meningkatkan imej kebersihan tandas awam Malaysia.

Menurut Halimah, tahap kebersihan tandas sama ada tandas di tempat awam, kompleks membeli belah, sekolah, restoran dan sebagainya di negara kita masih kurang memuaskan dan perlu dipertingkatkan.

Laporan, aduan dan perbincangan mengenai tandas awam yang kotor, rosak, tersumbat, berbau dan tidak diselenggarakan dengan baik sering kali kita baca dan dengar, sama ada dari warga Malaysia sendiri mahupun pelancong yang berkunjung ke Negara ini.

Justeru itu masalah tandas adalah satu cabaran dan ia merupakan tanggungjawab semua pihak bagi menanganinya secara dinamik.
Program anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Muar turut dihadiri, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPKT, Tuan Khairul Dzaimee Bin Daud, Pegawai Daerah Muar, Haji On Bin Jabbar @ Jaffar, Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar), KPKT, Zamri Salleh, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Datuk Noor-Ihsan Bin Che Mat dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar, Haji Jamaludin Bin A. Hamid.

  • MRR

Tinggalkan komen anda