Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Tellian Fun Run 2017 Berlangsung Meriah

By 12 Disember 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

  Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad / Remmy Sukup (Sarawak)

MUKAH, 12 Dis (Malaysiaaktif) – Program Tellian Fun Run 2017 yang julung kalinya dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Tellian Dagen Daya (TujuNokala) mendapat sambutan lebih 212 peserta dari seluruh negeri Sarawak.

Menurut Pengerusi TujuNokala, Sabastian Zaini Jaraiee, program yang dianjurkan dengan kerjasama ahli Kelab TujuNokala ini berjaya dianjurkan dan akan diteruskan pada masa akan datang.

Peserta bergambar kenang-kenangan selepas program.

Peserta bergambar kenang-kenangan selepas program.

Bagi kategori 10 kilometer lelaki terbuka, peserta perlu melalui laluan dari Padang Kampung Tellian sehingga Jambatan Sungai Genai dan berpusing balik ke garisan penamat di Padang Kampung Tellian semula.

Tempat pertama bagi kategori ini dimenangi Mohd Feldarus, manakala Sharul Shafawi Mat Jusoh di tempat kedua dan Aswari Mustaffa di tempat ketiga. Kesemua pemenang membawa pulang wang tunai, medal beserta sijil penyertaan.

Sementara itu, bagi kategori 7 Kilometer wanita terbuka, menyaksikan Tho Siaw Khim yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 29.53 minit berjaya menjadi juara dengan menewaskan Ling Mee Eng di tempat kedua (31.51) dan Joanna Eng di tempat ketiga (32.00).

Turut dipertandingkan adalah kategori veteran, pelajar dan remaja yang melibatkan perlumbaan sejauh lima kilometer.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Yussibnosh Balo di Padang Kampung Tellian, di sini semalam.

-SH

Tinggalkan komen anda