Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

60 Buah Rumah Usang Dibaiki di Kelantan

By 21 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

BACHOK, 21 Jan (Malaysiaaktif) – Nor Azian Abu Bakar, 43, ternyata gembira apabila kediaman usang yang didiaminya selama ini akhirnya dibaiki serta kawasan sekitarnya dibersihkan oleh penduduk kampung secara gotong-royong.

“Saya tidak menyangka sama sekali bebanan yang saya tanggung selama ini menarik perhatian pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) untuk membantu saya dan ahli keluarga saya,” jelasnya.

Azian (dua dari kiri) bersama-sama ahli keluarganya melihat keadaan rumah mereka yang sedang dibaik pulih, di Kampung Pak Mali, di sini, siang tadi.

Azian (dua dari kiri) bersama-sama ahli keluarganya melihat keadaan rumah mereka yang sedang dibaik pulih, di Kampung Pak Mali, di sini, siang tadi.

Azian yang merupakan suri rumah ini tidak mempunyai pendapatan. Beliau hanya mengharapkan kepada pendapatan suami yang bekerja sebagai buruh dengan pendapatan sekitar RM600 sebulan.

“Dengan pendapatan yang kecil, banyak yang tidak dapat kami lakukan. Namun begitu saya cukup bersyukur kerana anak-anak dapat bersekolah dengan sempurna dan mendapat bantuan biasiswa untuk pelajar miskin bagi empat orang anak saya yang masih bersekolah.

“Kalau boleh saya berharap agar ada pihak yang dapat membantu terutamanya bagi mendapatkan sebuah mesin pam air kerana masih tidak mendapat bekalan air bersih. Sekarang ini saya terpaksa meminjam daripada jiran, ujar ibu enam orang anak ini.

Azian merupakan antara individu yang menerima bantuan pembaikan rumah sempena Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)-Menghubung dan Menyatu (CTU) KKMM melalui Jabatan Penerangan Malaysia di Kampung Pok Mali, di sini.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman turut bersama-sama bergotong-royong membaiki rumah Azian.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman turut bersama-sama bergotong-royong membaiki rumah Azian.

“Proses pembaikan mula dilakukan pada pertengahan Disember tahun lalu dengan menukar dinding dan zink serta menaikkan tiang bahagian anjung depan rumah dan telah siap pada 31 Disember.

“Kini penambahan di bahagian dapur dan tandas sedang disiapkan dan dijangka siap sepenuhnya hujung Januari nanti,” katanya lagi.

Antara lainnya program ini bertujuan mendampingi masyarakat setempat secara langsung menerusi aktiviti kemasyarakatan oleh jabatan ini melalui Komuniti 1Malaysia.

Sebanyak 60 buah rumah dipilih untuk dibaik pulih menerusi program NBOS-CTU KKMM di seluruh negeri ini dan setiap satu rumah diperuntukkan sebanyak RM20,000.

Tinggalkan komen anda