Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

Dapur Medan Tarikan di PPS SK Bukit Mentok

By 6 Januari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto: Aneta Ahmad ( Kemaman)

KEMAMAN, 6 Jan (Malaysiaaktif) – Bagaikan menjadi satu kemestian apabila bencana banjir melanda daerah ini, penglibatan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah antara yang ditunggu-tunggu.

Bukan hanya kerana kesegakan pakaian tetapi kerana kecekapan serta peralatan yang dibawa mereka menjadi tarikan mangsa banjir.

Shabery (kanan sekali) meninjau dapur medan sambil diiringi Brig Jen Dato' Md Din Hj Abu, dan Lt Kol Mat Khalid Hamzah.

Shabery (kanan sekali) meninjau dapur medan sambil diiringi Brig Jen Dato’ Md Din Hj Abu, dan Lt Kol Mat Khalid Hamzah.

Antara peralatan yang sering menjadi perhatian adalah Dapur Medan. Dapur Medan merupakan dapur yang mempunyai 4 dapur bagi kegunaan memasak nasi, air dan lauk dalam suatu masa.

Menurut Ket Kom C 12 RAMD (Mek), Mej Mohd Yuzi Md Yusuf, kegunaan Dapur Medan sebenarnya untuk memasak ketika bertugas di medan. Bagi Op Murni (banjir), dapur medan di gunakan bagi membantu tugas-tugas memasak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Seramai 38 anggota telah ditugaskan untuk memasak makanan kepada mangsa banjir sepanjang PPS ini dibuka.

“Selain itu, kami turut menyediakan dua buah trak untuk membantu pemindahan sekiranya perlu,” ujarnya.

Dapur Medan menjadi tarikan Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek dalam lawatan beliau ke PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok pagi tadi yang menempatkan seramai 843 mangsa daripada 189 keluarga.

Antara lain tugas ATM sempena Op Murni di sini adalah membantu dalam misi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir, memberi bantuan serta penugasan di PPS ini.

-SH

Tinggalkan komen anda