Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Perusahaan Keropok Tiga Dekad Teruskan Legasi Ibu

By 12 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan: Wee Kim Been    Foto: Robani Nabi Ahmad (Kelantan)

TUMPAT, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Kelaboran Jaya Enterprise, yang bertempat Kampung Bukit Tanah, di sini, merupakan satu-satunya pemilik keropok segera dan kering kaum Tiong Hwa, yang beroperasi sejak 38 tahun yang lalu.

Menurut Tan Swee Lian, 52, perusahaan kerepok segera dan kering ini diusahakan oleh ibunya dahulu dengan bermodalkan RM500 dan dijalankan secara kecil-kecilan bagi memenuhi permintaan dalam kalangan masyarakat sekitar.

Swee Lian bersama-sama pekerjanya memproses ikan untuk dijadikan keropok di premis perniagaannya di sini.

Swee Lian (kanan) bersama-sama pekerjanya memproses ikan untuk dijadikan keropok di premis perniagaannya di sini.

Dalam pada itu, Swee Lian, tidak jemu memelihara perusahaan ini agar tidak terus ditelan zaman.

Kini Swee Lian dapat menarik nafas lega, memandangkan perusahaan legasi keluarganya dapat diteruskan sehingga kini, dengan purata pendapatan bulanannya mencecah melebihi RM10,000 sebulan.

“Saya turut berbanga hasil titik peluh ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan secara tidak langsung kepada sebilangan kaum hawa dan anak-anak muda di sini yang majoritinya beragama Islam,” katanya.

Swee Lian menempah sekitar 500kg seminggu atau dua tan setengah sebulan ikan sebagai bahan utama penghasilan keropok segera dan kering ini.

“Kebiasaanya isi ikan yang digunakan untuk penghasilan keropok ini dengan menggunakan ikan tamban, parang, selain sotong dan udang,” tambahnya lagi.

Fauziah (dua dari kanan) antara pekerja paling lama bekerja di gudang keropok ini.

Fauziah (dua dari kanan) antara pekerja paling lama bekerja di gudang keropok ini.

Dalam pada itu salah seorang pekerjanya, Fauziah Mamat 60, yang mula menyertai syarikat ini sejak 22 tahun lalu menjelaskan produk ini turut dipasarkan di luar negeri Kelantan.

“Keropok segera dan kering ini telah mendapat permintaan sehingga ke luar negeri seperti Pulau Pinang, Johor, Kedah, Negeri Sembilan dan Melaka, disebabkan keenakan rasanya,” jelasnya.

Keropok keluaran Kelaboran Jaya Enterprise ini turut mendapat pengiktirafan sijil halal daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurut Cheng Ai Chin, 30, yang menjadi pelapis generasi ketiga pengusaha keropok segera dan kering ini berhasrat untuk mengkomersialkan produk perusahaan legasi keluarganya sehingga ke peringkat antarabangsa suatu hari nanti.

-SH

Tinggalkan komen anda