Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

2000 Orang Bilal, Siak Terima Bayaran Khas

By 13 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Wan Shahilawati Wan Baharuddin & Robani Nabi Ahmad (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 13 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 2000 orang bilal, siak, guru takmir dan guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di negeri Kelantan menerima bayaran khas sekali beri sebanyak RM1,500 setiap orang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, berkata Kerajaan Persekutuan memperuntukkan lebih RM11 juta untuk bayaran khas kepada keseluruhan penerima seramai 7,822 orang di negeri Kelantan.

Asyraf (tengah) ketika sidang media Majlis Penyampaian Bayaran Khas di Masjid Muhammadi di sini hari ini.

Asyraf (tengah) ketika sidang media Majlis Penyampaian Bayaran Khas di Masjid Muhammadi di sini hari ini.

“Bayaran khas sebanyak RM1,500 setiap seorang ini merupakan kali pertama dalam sejarah dan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2018.

“Perdana Menteri sangat mengiktiraf sumbangan terutama imam, bilal, dan siak walaupun mereka berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam negeri-negeri,” katanya.

Asyraf turut menegaskan fungsi masjid bukan sekadar tempat beribadah malah turut berfungsi sebagai pusat penyatuan masyarakat.

“Masjid merupakan pusat penyatuan umat Islam, walaupun berbeza pegangan politik, apabila melibatkan kepentingan umat Islam, kita wajib bersatu.

“Penyatuan ini bermula di masjid kerana ini merupakan akar umbi persaudaraan, dan permuafakan sesama Islam,” katanya selepas Majlis Penyampaian Bayaran Sekali Beri kepada imam, bilal, siak, guru takmir dan guru KAFA hari ini.

Pembayaran tersebut dijalankan sebanyak dua kali iaitu RM1,000 pada awal tahun dan baki RM500 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Imam Masjid Sungai Long Jeli, Ibrahim Abd Ghani bersyukur di atas pemberian ini.

Imam Masjid Sungai Long Jeli, Ibrahim Abd Ghani bersyukur di atas pemberian ini.

Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK), Datuk Yahaya Mamat.

Dalam pada itu, Imam Masjid Sungai Long Jeli, Ibrahim Abd Ghani, 69, berkata pemberian ini menunjukan keperihatinan pihak kerajaan terhadap golongan ahli agama yang banyak menyumbang dalam penyebaran agama Islam.

“Satu permulaan yang baik kerana dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat menampung keperluan harian,”katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda