Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

‘Jualan Muroh Ko Rakyat’ bantu ringankan beban kos sara hidup

By 22 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan dan foto : Mohd Hussin Abdullah (Tumpat)

TUMPAT, 22 Feb (Malaysaiaktif) –  Sebanyak 4000 kilogram minyak masak, 3000 kilogram gula dan 3000 kilogram gandum habis dijual dalam sejam, sementara minyak masak lima kilogram dijual pada harga RM12, gula lima kilogram RM14 dan gandum enam kilogram berharga RM7 pada  .‘Jualan Muroh Ko Rakyat’  yang dianjurkan oleh Parlimen Tumpat di sini hari ini.

Inisiatif yang berlangsung di tapak Bouestead sebelah Pasar Lama Tumpat itu turut mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan UMNO Bahagian Tumpat.

Pengarah KPDNKK Kelantan, Datuk Ab. Ghani Harun berkata, program ini memberi ruang kepada peniaga untuk memasarkan barangan dan sekali gus membolehkan rakyat membeli barangan keperluan harian dengan harga yang lebih murah bagi membantu menangani kos sara hidup.

Ab Ghani (tengah) merasmikan program 'Jualan Muroh Ko Rakyat' di di tapak Bouestead, di sini.

Ab Ghani (tengah) merasmikan program ‘Jualan Muroh Ko Rakyat’ di di tapak Bouestead, di sini.

“Jualan Murah ini merupakan kali kedua diadakan di sini dan akan terus diadakan di sekitar Parlimen Tumpat untuk membantu rakyat.

“Ia mendapat sambutan memandangkan orang ramai tiba lebih awal daripada masa yang ditetapkan pihak penganjur, sementara sebahagian besar daripada mereka tertumpu di gerai jualan minyak masak, gula dan gandum,” ujarnya.

Menurut suri rumah, Maziah Musa, 47, dari Kampung Pengkalan Nangka, jualan sebegini membantu golongan berpendapatan rendah mengurangkan beban, tambahan pula harga yang ditawarkan lebih murah daripada harga pasaran.

Sementara itu, Sukri Yusof, 20, dari Kampung Besut berharap jualan seumpama ini juga diadakan di kawasan pedalaman.

Pelbagai barangan keperluan harian dijual dengan harga yang rendah tanpa perlu bersusah payah ke pasaraya besar - Nazrin.

Pelbagai barangan keperluan harian dijual dengan harga yang rendah tanpa perlu bersusah payah ke pasaraya besar – Nazrin.

Seorang lagi pengunjung, Nik Nazrin Shah Nik Nordin, 27,  berkata pelbagai barangan keperluan harian dijual dengan harga yang rendah pada program ini tanpa bersusah payah ke pasaraya besar.

“Harga di sini lebih murah, menjimatkan dan saya tidak lepas peluang untuk membeli barangan keperluan seperti milo, susu, sardin, biskut dan sayur sayuran,” ujarnya.

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda