Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

60 Penerima Sumbangan dan Bungkusan Sempena Tahun Baru Cina

By 12 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh : Mazlin bt Basir

Foto oleh: Lim Sey Ken

 

YONG PENG, 12 Februari 2018 (Malaysiaaktif) – Seramai 60 keluarga terdiri daripada kaum Cina dari DUN Yong Peng mendapat sumbangan bersempena Sambutan Tahun Baru Cina 2018 yang diadakan di SMK Yong Peng pada hari Sabtu yang lalu.

Sumbangan ini adalah dari Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Johor (JUITA), Sumbangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Ayer Hitam dan sumbangan Johor Corporation melalui Jabatan Penerangan Negeri Johor.

Datuk Tee Siew Kion menyampaikan ucapan

Datuk Tee Siew Kion menyampaikan ucapan

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor, Datuk Tee Siew Kiong dalam ucapannya, masyarakat mengamalkan kepelbagaian budaya dan agama masing-masing di negara ini dengan aman dan selamat.

 

Malahan pula, sebagai rakyat Johor merasa bangga kerana dapat hidup dengan harmoni serta bertoleransi antara kaum.

Menurutnya lagi, sebagai rakyat Johor perlu menghormati dan mengharmonikan gagasan Muafakat Johor sebagaimana yang ditekankan oleh Menteri Besar Johor iaitu memahami konsep Muafakat Itu Berkat dan Muafakat Itu Sepakat.

Penyampaian Sumbangan

Penyampaian Sumbangan

Hal ini boleh diterjemahkan dalam kehidupan seharian yang meliputi kepelbagaian bangsa dan kepercayaan.

Penerima sumbangan, Cheng Lan Soon, 59, berkata beliau amat berterima kasih kepada pihak yang memberi sumbangan kerana prihatin terhadap golongan yang memerlukan sepertinya.

Penerima-penerima sumbangan

Penerima-penerima sumbangan

Jelasnya, sumbangan ini sedikit sebanyak mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh keluarganya.

 

Selain itu, Eng Teck Heng, 74, turut meluahkan rasa gembira dan bersyukur di atas sumbangan yang diterima. Dengan adanya sumbangan ini dapat menceriakan lagi Sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Juita Negeri Johor Datin Rosni bt Omar berkata program seumpama ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dengan masyarakat.

Datin Rosni menyampaikan sumbangan kepada penerima

Datin Rosni menyampaikan sumbangan kepada penerima

Inilah salah satu sumbangan yang boleh diberikan oleh pihak Juita kepada golongan sasaran agar mereka yang dibantu dapat hidup gembira, katanya semasa beliau menyampaikan ucapan perasmian.

SONY DSC

Hadir sama pada program tersebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong, Pegawai Daerah Batu Pahat, Tn Hj Mohd Haffiz bin Hj Ahmad dan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor, En Zainuddin bin Hj Ismail.

  • MRR

Tinggalkan komen anda