Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Lebih 90% Liputan Internet Menjelang 2020 – Salleh

By 12 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan  : Idris Sani  /  Foto : Jeffren Malaning (Sabah)

 

TONGOD, SABAH, 12 Feb.(Malaysiaaktif) –¬†Menjelang tahun 2020 kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan mempastikan¬† lebih 90 peratus kawasan diseluruh negara¬† mempunyai liputan internet dan lebih 50 peratus¬† memiliki kelajuan internet yang stabil.

Salleh ketika berucap pada Majlis Perasmian Pelancaran Jentera Barisan Nasioanl N.47 Kuamut

Salleh ketika berucap pada Majlis Perasmian Pelancaran Jentera Barisan Nasioanl N.47 Kuamut

Pada  tahun 2019 KKMM turut mempastikan bahawa semua penyedia perkhidmatan internet menyediakan capaian internet dua kali kelajuan internet yang di nikmati sekarang dengan harga langganan separuh daripada harga yang di kenakan kepada pengguna pada masa kini.
KKMM juga telah mempastikan bahawa pengguna di kawasan Kinabatangan mempunyai liputan internet berkelajuan minimum 3G diseluruh kawasan.
Semua ini disediakan oleh kerajaan adalah bagi memberi peluang kepada semua rakyat untuk menikmati  peredaran pembangunan semasa secara saksama.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Sadi berkata demikian pada Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional N.47 Kuamut di Dewan Terbuka Dataran Rakyat Tongod dekat sini pada ahad.
KETIBAAN... Kehadiran Salleh disambut gembira ahli-ahli jentera pilihanraya Barisan Nasional Kuamut di Dewan Terbuka Dataran Rakyat Tongod

KETIBAAN… Kehadiran Salleh disambut gembira ahli-ahli jentera pilihanraya Barisan Nasional Kuamut di Dewan Terbuka Dataran Rakyat Tongod

“Semua ini tidak boleh kita lakukan kalau negara kita tidak aman damai dan stabil.
Perkara penting yang perlu kita lakukan adalah  mempastika negara kita aman damai tiada pergaduhan antara satu dengan yang lain terutama antara agama dan antara kaum.
Salleh memotong reben sebagai simbolik perasmian sambil disaksikan Bung Moktar (dua kiri) dan Masiung (tiga kanan)

Salleh memotong reben sebagai simbolik perasmian sambil disaksikan Bung Moktar (dua kiri) dan Masiung (tiga kanan)

Dalam mempastikan kestabilan politik dan keamanan negara, kerajaan yang memerintah harus mempastikan keadaan negara aman damai serta  rakyat menikmati pembangunan secara berterusan.
Kerajaan yang ada sekarang telah melihat agar rakyat menikmati pembangunan secara berterusan dengan  mempastikan prasarana yang baik termasuk membuka  peluang-peluang ekonomi dan pekerjaan disediakan untuk rakyat pada masa sekarang.
 CENDERA KENANGAN... Masiung (empat kiri) menyerahkan cendera kenangan berupa potret Durian 'Maraang' (Durian Merah) kepada Salleh (lima kanan) yang merupakan tanaman durian yang popular di daerah Tongod

CENDERA KENANGAN… Masiung (empat kiri) menyerahkan cendera kenangan berupa potret Durian ‘Maraang’ (Durian Merah) kepada Salleh (lima kanan) yang merupakan tanaman durian yang popular di daerah Tongod

Dalam ekonomi digital  kerajaan telah mempastikan bahawa prasarana internetnya harus membuka peluang kapada rakyat untuk berniaga yang mana  kerajaan persekutuan  melihat kepada keperluan penggunaan internet dalam perniagaan.
Kemudahan ini  seharusnya digunakan sebainya dan rakyat seharusnya menggunakan kemudahan ini bagi meningkatkan pendapatan dan ekonomi setempat.
Salleh menyerahkan bendera kepada Pengarah Jentera Pilihan raya Parti Bersatu Sabah kawasan Kuamut, Awang Gariman (tiga kanan) sambil disaksikan Bung Moktar (kiri) dan Masiung (dua kiri).

Salleh menyerahkan bendera kepada Pengarah Jentera Pilihan raya Parti Bersatu Sabah kawasan Kuamut, Awang Gariman (tiga kanan) sambil disaksikan Bung Moktar (kiri) dan Masiung (dua kiri).

Pada majlis tersebut beliau turut megumumkan pembinaan Pejabat Penerangan di Daerah Tongod di tapak yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri serta  Pintu Gerbang berjumlah RM100 ribu bagi keperluan daerah Tongod.
Hadir sama, Pengerusi Barisan Nasional P.187 Kinabatangan merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Pembantu Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut, Datuk Masung Banah serta Pegawai Daerah Tongod, Robert Stidi.

Tinggalkan komen anda