Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Am2Pm Ringankan Beban Warga Emas

By 19 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad & Remmy Ramai (Sarawak)

MUKAH, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Armanda Puyan Pepejah (Am2Pm) yang merupakan sebuah badan kebajikan sementara di Kampung Tellian di sini membantu menghulurkan bantuan berupa pakaian, makanan dan sedikit wang kepada seorang warga emas Ubek Bin Edward, 90 di kediamannya semalam.

Ubek yang tinggal di rumah uzur dan mengidap sakit tua berterima kasih kerana masih ada yang prihatin dan simpati terhadap kehidupan beliau yang sebatang kara selama ini.

Keadaan rumah Ubek yang tinggal sendirian di Kampung Tellian Ulu ini.

Keadaan rumah Ubek yang tinggal sendirian di Kampung Tellian Ulu ini.

“Saya berharap semoga keprihatin sebegini dapat dijadikan contoh kepada masyarakat mahupun pertubuhan lain agar amalan sebegini dapat diteruskan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Am2Pm yang mempunyai lebih 40 orang ahli diketuai  Sebastian Umat menghulurkan bantuan ini setelah mengetahui melalui media sosial yang mengambarkan betapa daifnya kehidupan warga emas tersebut yang sangat memerlukan bantuan.

Menurut jurucakap  Am2Pm, Alex Alfafianio memberitahu semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan Ubek dalam meneruskan kehidupan beliau.

“Ubek sangat memerlukan bantuan untuk membaiki rumah dan pelbagai lagi bantuan bagi meringankan beban dan meneruskan kehidupan beliau yang hidup dan tinggal seorang diri tanpa penjaga.

“Kita turut menuntut ahli keluarga terdekat, penduduk kampung dan pihak-pihak bertanggungjawab agar bersama-sama membantu Ubek yang sekarang ini hanya mampu duduk dan baring di atas katil di sebuah rumah usang tempat beliau tinggal sekarang,” jelasnya.

Ubek sebelum ini pernah menerima bantuan daripada Program Bantuan Rumah Tahun 2014 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang dibina pada 27 April 2015 dan siap pada 5 Mei 2015  melalui agensi pelaksana Pejabat Daerah Mukah.

– SH

 

Tinggalkan komen anda