Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Lebih 150 Terima Bantuan Banjir di Mukah

By 19 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad & Remmy Ramai (Sarawak)

MUKAH,  19 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 176 orang menerima bantuan banjir daripada Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad Wilayah Sarawak, Zon Mukah terdiri daripada peserta-peserta projek Felcra dari Kampung Jebungan, Teh, Tabo, Tegak dan Penakub Ulu.

Abdul Yakub (tengah) merakamkan gambar beramai-ramai bersama  penerima  bantuan banjir di Dewan Serbaguna BAYAUMAS, Kampung  Tegak, di sini semalam.

Abdul Yakub (tengah) merakamkan gambar beramai-ramai bersama penerima bantuan banjir di Dewan Serbaguna BAYAUMAS, Kampung Tegak, di sini semalam.

Bantuan tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Balingian, Abdul Yakub Arbi di Dewan Serbaguna BayauMas  Kampung Tegak, di sini semalam.

Abdul Yakub berkata, Felcra Berhad akan mengagihkan sumbangan berupa barangan keperluan asas secara berperingkat-peringkat yang melibatkan beberapa kawasan yang terlibat banjir di seluruh Sarawak.

“Kawasan yang menerima bantuan ialah Metading (168 orang mangsa), Kampung Penakub seramai (51), Kampung Tabo (41), Kampung Tegak (60), Kampung Metading (9), Kampung Jebungan (3) orang dan Sungai Pengerut (4).

“Dengan adanya sumbangan seperti ini dapatlah membantu dan meringankan beban mangsa bencana banjir kali ini,” ujarnya.

– SH

 

Tinggalkan komen anda