Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

Bas Amphicoach Tarikan Sempena Ekspo Terengganu 2018

By 19 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Zamri Abd. Razak & Tg. Saifulah b. Tengku Mohamed (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Orang ramai berpeluang melihat bas Amphicoach atau bas dua alam yang bakal dipamerkan sepanjang Ekspo Terengganu 2018, bermula 25 Februari hingga 3 Mac di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, Kuala Nerus.

Bas yang dibeli dari Malta ini akan digunakan sebagai pengangkutan dalam sektor pelancongan disamping boleh digunakan ketika musim banjir.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bas berkenaan telah tiba di Terengganu dan ditempatkan di depoh Jabatan Kerja Raya (JKR), di sini sementara mendapatkan kelulusan daripada agensi berkenaan.

“Pihak kami sedang menunggu kelulusan daripada JPJ dan Jabatan Laut untuk beroperasi. Pihak JPJ dan Jabatan Laut dari ibu pejabat akan turun untuk membuat pemeriksaan dan kita akan melakukan ujian sebelum boleh beroperasi,” katanya.

Beliau berkata semasa majlis sidang media selepas merasmikan D’Mukim Jualan Sentiham Rakyat dan Pelepasan Udang di Blue Archipelago, Kampung. Penarik Setiu semalam.

Sementara itu, pihak yang bertanggungjawab akan memohon permit sementara daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Laut bagi membolehkan bas itu dibawa ke tapak ekspo.

-SH

 

 

Tinggalkan komen anda