
Laporan dan foto oleh : Siti Yusmila Yusof
BALING, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Karnival Permotoran Kupang yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 16 hingga 18 Februari berlangsung dengan meriah.
Acara paling mendapat perhatian orang ramai hari ini adalah pertandingan 4 X 4 Challenge. Acara ekstrem ini menjadi tumpuan orang ramai dari pelbagai lapisan umur masyarakat.
Menurut Ismail Mohamad, 34 “saya amat teruja menyaksikan 4 X 4 challenge ini”.
“Biarpun saban tahun acara ini dianjurkan namun saya tidak pernah berkesempatan menyaksikanya. Apabila acara ini diadakan kali ini bersempana dengan cuti perayaan Tahun Baru Cina, saya dan keluarga tidak melepaskan peluang untuk menyaksikanya.
Seorang penonton veteran Shaari Abdullah, 60 dari Kuala Pegang berkata, acara ekstrem seumpama ini dapat memupuk semangat setiakawan dan juga kerjasama dalam pasukan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kupang, Datuk Harun Abdul Aziz turut hadir bagi menyaksikan acara ekstrem itu.
Sebelum itu beliau dan isteri telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah pertandingan mewarna kanak-kanak.
Turut hadir Pegawai KEMAS Daerah Baling, Shairwan Shafie, Timbalan Ketua Puteri UMNO Bahagian Baling, Azlina Ismail dan barisan Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Baling yang terlibat menyelaras pertandingan mewarna pada sebelah pagi.
– MRR