Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Jambatan Lebar Bukit Choras

By 24 Februari 2018Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan dan foto oleh : Amran Mohamad Kamis dan Zurina Saad

YAN – 24 Feb (Malaysiaaktif) – Pelebaran jambatan di Kampung Bukit Choras menggembirakan penduduk kampung berkenaan setelah sekian lama menggunakan jambatan yang sempit.

Datuk Seri Jamil Khir memberi penerangan kepada MB Kedah

Datuk Seri Jamil Khir memberi penerangan kepada MB Kedah

Mengimbau kembali sejarah jambatan lama Bukit Choras telah dibina pada zaman Perdana Menteri Malaysia yang Pertama dan menjadi laluan utama penduduk untuk melakukan kerja seharian untuk ke pekan dan sebagainya.

MB Kedah melihat keadaan jambatan sempit ini

MB Kedah melihat keadaan jambatan sempit ini

Kini masa telah berlalu, keadaan jambatan tersebut amat daif dan uzur dan perlu diganti bagi keselesaan penduduk Kampung Bukit Choras dan sekitarnya.

Hasil inisiatif, Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharum, telah berusaha mencari peruntukan bagi merealisasikan hasrat orang-orang Kampung Bukit Choras.

IMG-20180224-WA0022
Dianggarkan perbelanjaan untuk pelebaran jambatan ini menelan belanja hampir RM 500 ribu dan yg paling istimewa ia dibina sendiri oleh kontraktor anak tempatan (orang Yan).

IMG-20180224-WA0025

Penduduk tempatan, Abdul Majid Idris, 59, berkata dia berasa sangat bersyukur dan gembira dengan pelebaran jambatan ini.

“60 tahun lebih pak cik “duk” (tinggal) di kampung ni, alhamdulilah sempat juga merasa kemudahan macam ni,” katanya.

Menurutnya lagi, di kampung ini terdapat Madrasah Mazahirul Ulum dan keadaan akan menjadi sesak apabila ibu bapa datang mengambil anak mereka pada setiap hari khamis.

“Tahfiz tu pun pelajar hampir 270 orang jadi bila masa balik tu memang ibu bapa terpaksa bersesak bagi melintasi jambatan berkenaan.

“Kalau ada kereta lalu kereta lain perlu tunggu terlebih dahulu bagi membolehkan kereta berkenaan melepasi jambatan tersebut.

“Tapi alhamdulilah, lepas siap jambatan baru ni pada bulan Disember lalu kenderaan dan boleh berselisih,” katanya.

Tambahnya, pernah berlaku kes kebakaran di kampung tersebut namun jentera bomba tidak dapat masuk kerana jambatan lama terlalu sempit.

“Alhamdulilah selepas ini, perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras DUN Sungai Limau, Datuk Hajah Normah Awang, 62, berkata dia amat terharu dengan kehadiran Menteri Besar Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah kerana sudi merasmikan majlis pelebaran Bukit Choras, semalam.

“Dengan pelebaran jambatan ini akan memudahkan penduduk Bukit Choras dan sekitarnya melakukan kegiatan harian,” katanya.

IMG-20180224-WA0023

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pelebaran jambatan ini adalah untuk kebajikan rakyat.

“Diharapkan ia dapat memberi manfaat kepada penduduk dan juga waris pelajar tahfiz Kampung Bukit Choras.

IMG-20180224-WA0019

“Ini bukannya gula-gula PRU dan kita berharap rakyat gembira dengan kemajuan ini,” katanya.

Selepas majlis perasmian, Menteri Besar Kedah turut bersama jemputan yang hadir ke Masjid Jamek Bukit Choras untuk bersembahyang Jumaat.

– MRR

Tinggalkan komen anda