Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Lebih 3000 Penggerak Negeri Kelantan Terima Durian Runtuh

By 25 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto: NorFadzlina Ahmad Fadzli & Khairunnisa Ismail

KOTA BHARU, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 3075 orang Penggerak Masyarakat dalam Program Khas Penggerak Masyarakat Negeri Kelantan pada hari ini boleh tersenyum puas apabila usaha mereka selama ini dihargai oleh kerajaan.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
bersetuju untuk menaikkan elaun warga Penggerak dan Pembantu Penggerak sebanyak RM100 sebulan menjadikan elaun Penggerak sebanyak RM500 dan elaun Pembantu Penggerak RM400 sebulan.

Mustapa ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bayaran Khas Kepada Warga Penggerak Masyarakat  di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), di sini.

Mustapa ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bayaran Khas Kepada Warga Penggerak Masyarakat di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), di sini.

“Kenaikan ini telah lama dinantikan oleh para Penggerak Masyarakat di negeri ini. Tidak cukup dengan itu, Perdana Menteri juga memberikan bonus sebanyak RM1500 kepada setiap penggerak dan pembantu penggerak, dan akan dibayar sebanyak dua kali.

“Hari ini kita bagi tunai sebanyak RM1000 dan bakinya kita akan bayar menerusi akaun masing-masing,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Bayaran Khas Kepada Warga Penggerak Masyarakat di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), di sini hari ini.

Rosmaniza bersyukur dengan kenaikan elaun ini.

Rosmaniza bersyukur dengan kenaikan elaun ini.

Salah seorang Pembantu Penggerak dari Kampung Alor Lenggak, Pasir Mas, Rosmaniza Shamsuddin, 40, salah seorang pembantu penggerak yang sudah berkhidmat selama lima tahun berasa amat teruja dengan bonus yang diberikan.

“Sata juga bersyukur dengan kenaikan elaun yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri ini,” ujarnya ketika ditemui Malaysiaaktif siang tadi.

Program Penyampaian Bantuan Khas Penggerak Negeri Kelantan di YKK hari ini dihadiri lebih 5000 ribu masyarakat dari seluruh daerah termasuk Jeli, Gua Musang dan Kuala Krai.

-SH

Tinggalkan komen anda