Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Pertumbuhan Ekonomi Positif Sepanjang 2017

By 15 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Ramasamy Amas (Jempol)

JEMPOL , 15 Jan (Malaysiaaktif) – “Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang sangat baik pada kadar pertumbuhan yang melepasi paras melebihi lima peratus ke atas pada tahun 2017.

“Yakin dan percaya pertumbuhan ekonomi negara  akan  mencapai peningkatan lagi tahun ini. Ini adalah satu pertunjuk yang baik kepada negara dan rakyat,” ucap Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad ketika menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina di Pekan Rompin kepada 110 warga emas dan orang kurang upaya (OKU) malam tadi.

Menurut Isa lagi, tujuan diadakan pilihan raya umum lima tahun sekali adalah untuk membentuk kerajaan yang kukuh.

“ini amat penting supaya rakyat terus mendapat perhatian dan pembelaan yang adil daripada kerajaan yang dipilih kerana kestabilan politik dapat menjamin kesejahteraan hidup rakyat,” jelasnya lagi.

13794293-b82e-4e7a-8f34-c3c1598ed137

Isa yang juga ahli Parlimen Jempol berkata perpaduan dan keharmonian yang dikecapi sekian lama oleh rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum adalah kunci kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan dan kesejahteraan hidup semenjak mencapai kemerdekaaan sehingga kini.

“Malaysia sebuah negara yang hebat kerana rakyat hidup dengan semangat perpaduan yang tinggi. Perayaan dirayakan bersama dalam kesamaan dan kesatuan tanpa sengketa,” ujarnya.

Sementara itu Pengerusi Badan Perhubungan MIC negeri, Datuk L.Manickam asimilasi budaya menjadikan perayaan sesuatu kaum itu sebahagian daripada mereka.

“Perayaan Tahun Baharu Cina sudah semestinya disusuli dengan pemberian angpau dan limau mandarin yang menjadi adat dan kewajiban kepada masyarakat Cina, tetapi pemberian angpau ini juga menjadi ikutan kepada masyarakat Melayu dan India apabila tiba masa perayaan masing-masing.

“Tanpa angpau perayaan seakan tidak bermakna terutamanya kepada kanak-kanak,” katanya.

Manickam selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jeram Padang menaruh harapan yang sangat tinggi terhadap masyarakat Cina di Rompin sempena pilihan raya yang akan datang ini.

“Saya yakin dan percaya masyarakat Cina akan terus menyokong kerajaan dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib untuk mengekalkan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat,”  jelasnya lagi.

– SH

Tinggalkan komen anda