Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Redah Sungai Demi Rakan Sekerja

By 15 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad / Remmy Sukup (Sarawak)

MUKAH, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Enam kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Teh di sini yang diketuai oleh guru besarnya, Suleihi@Julaihi Sabli yang sanggup meredah Sungai Mukah demi melihat keadaan banjir di sekitar kawasan sekolah dan menyampaikan bantuan kepada lebih enam orang rakan yang berada di kawasan sekolah mendapat perhatian ramai.

Keadaan SK Kampung Teh yang dinaiki air hingga menyebabkan sekolah terpaksa ditutup.

Keadaan SK Kampung Teh yang dinaiki air hingga menyebabkan sekolah terpaksa ditutup.

Rombongan tersebut yang sanggup menyewa sebuah perahu nelayan turut memuatkan barangan makanan untuk bantuan kepada rakan-rakan dan surat-surat rasmi sekolah bagi menjalankan tanggungjawab dan bertugas memantau keadaan banjir di sekolah.

Menurut Suleihi, idea untuk melawat dan menyampaikan sumbangan kepada rakan-rakan yang sanggup memantau keselamatan bangunan serta memindahkan barangan sepanjang tempoh banjir adalah hasil perbincangan daripada semua kakitangan sekolah.

“Kami seramai lebih 20 orang kakitangan tidak dapat menjalankan tugas mengajar murid-murid dan bertugas seperti biasa di sekolah tersebut kerana dilanda banjir.

“Bagi kakitangan yang berada berdekatan pejabat pendidikan, mereka melaporkan kehadiran di pejabat tersebut manakala bagi kakitangan yang terputus hubungan pula melaporkan diri melalui aplikasi whatsapp kepada guru besar.

Suleihei (bertopi merah) menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada Deli Neng (empat kiri) di tangga bangunan sekolah yang tenggelam.

Suleihei (bertopi merah) menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada Deli Neng (empat kiri) di tangga bangunan sekolah yang tenggelam.

“Maka kami mengambil inisiatif ini untuk mengunjungi melihat keadaan mereka di sana. Di samping itu, kami juga dapat menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada mereka,” katanya yang mengharungi perjalanan lebih satu jam untuk bertemu anak-anak buahnya.

Menurut kakitangan sekolah tersebut, Deli Neng yang menerima kunjungan daripada ketua dan rakan-rakan yang lain cukup terharu kerana mempunyai rakan-rakan yang sanggup meredah arus deras Sungai Mukah bagi menghantar bantuan kepada mereka.

“Usaha begini sangat terpuji dan semoga menjadi contoh kepada rakan-rakan di tempat lain. Pihak kami yang menerima kunjungan dan sumbangan banjir mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar dan rakan-rakan yang sudi menjengguk kami di sini,” ujarnya.

-SH

Tinggalkan komen anda