
Laporan dan foto : Suhaimi Nik Wil / Zulfadli Ab. Hamid (Kuala Krai)
KUALA KRAI, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Program Sembang Anak Muda yang diadakan di sebuah kedai makan di Kampung Guchil Lama baru-baru ini dianggap pendekatan yang baik mendekat mereka.
Inisiatif tersebut dianjurkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Tanpa Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil, Naizurin Daud.
“Majlis yang diadakan secara santai ini mendapat sambutan daripada golongan muda yang menetap di sekitar Kg. Guchil.
“Pengisian malam itu berlangsung secara santai tanpa ceramah dan dipenuhi dengan sesi ramah mesra antara pemimpin tempatan dan anak muda,” ujar Naizurin.
Menurut penduduk setempat, Mohd Rizal Abidin yang turut hadir pada program tersebut menyifatkannya bukan sekadar mengisi masa terluang.
“Iawajar diperbanyakan untuk memberi ruang kepada anak muda berinteraksi sesama mereka dan juga beramah mesra dengan pemimpin tempatan,” katanya.
Sementara itu, peserta program, Shaharuddin Mokhtar menaruh harapan tinggi terhadap sentuhan kepada golongan muda bagi menentukan hala tuju negara.
“TN50 yang dicetuskan oleh Perdana Menteri merupakan perancangan jangka panjang kerajaan dalam membolehkan golongan muda mengambil alih kepimpinan negara pada masa akan datang, jelasnya lagi.