Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

47 Menara Komunikasi Baru Sempena NBOS-CTU KKMM

By 12 Mac 2018Tiada komen5 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan dan Foto Oleh : Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)

 

SIK, 11 Mac (Malaysiaaktif) – 466ribu rakyat di pendalaman mendapat manfaat dari program Program Menghubung dan Menyatu Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) sejak ia dilaksanakan mulai tahun 2016.

Datuk Sri Jailani Menyertai Konvoi Bermosikal Menyampaikan Bantuan Dan Gotong Royong Sekitar Kampung Belantik

Datuk Sri Jailani Menyertai Konvoi Bermosikal Menyampaikan Bantuan Dan Gotong Royong Sekitar Kampung Belantik

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Sri Jailani Johari juga memaklumkan setakat ni sudah 84 program Strategi Lautan Biru Kebangsaan melalui Program Menghubung dan Menyatu (NBOS- CTU) dilaksankan di seluruh negara termasuk yang dilaksanakan di Sekolah Seri Ampang Muda, Sik ini sejak semalam dan hari ini.

Acara sukan air turut di adakan semasa Program NBOS- CTU KKMM

Acara sukan air turut di adakan semasa Program NBOS- CTU KKMM

Jailani yang ditemui semasa merasmikan Program NBOS – CTU Daerah Sik, Kedah hari ini berkata, melalui program ini juga 47 menara komunikasi dibina atau dinaik taraf, 540 alat penyiaran satelit berserta TV telah dipasang di 540 buah rumah golongan B40 yang layak.

Antara peserta acara tarik getah paip kanak-kanak

Antara peserta acara tarik getah paip kanak-kanak

Selain Program NBOS-CTU, KKMM juga menjalankan Program pemberian perkhidmatan sejagat yang telah berjaya membina 820 pusat internet rakyat percuma di seluruh negara.

Datuk Sri Jailani, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia dan ADUN Belantik menyampaikan sumbangan TV beserta set astro Njoi dan barangan keperluan kepada salah seorang penerima

Datuk Sri Jailani dan ADUN Belantik menyampaikan sumbangan TV beserta set astro Njoi dan barangan keperluan kepada salah seorang penerima

Manakala lebih 10 ribu buah menara telekomunikasi telah dibina di seluruh negara melalui program ini.

Antara pemenang acara sukan air

Antara pemenang acara sukan air

Tujuan utama program ini ialah untuk mengenal pasti kawasan-kawasan yang sukar untuk berhubung dengan dunia luar bagi menaiktaraf sistem komunikasi mereka.

Kumpulan Pancaragam SRK Sri Ampang Muda Sik

Kumpulan Pancaragam SRK Sri Ampang Muda Sik

Ia adalah program NBOS antara agensi di bawah KKMM dgn pihak swasta antaranya ialah syarikat Telco.

Menurut Jailani lagi, generasi Y hari ini termasuk yang tinggal di kawasan pendalaman dan perkampungan orang asli amat memerlukan talian internet. Ini kerana talian internet sudah menjadi keperluan setiap orang.

Dalam program ini selain memperkasakan sistem komunikasi, KKMM juga memberi peruntukan bagi membantu rakyat yang memerlukan termasuk membaiki rumah, memberikan TV dan Njoi serta barangan keperluan harian.

Jailani bersama ADUN Jelantik dan KP Penerangan Bergotong royong membaiki rumah seorang penduduk

Jailani bersama ADUN Jelantik dan KP Penerangan Bergotong royong membaiki rumah seorang penduduk

Katanya lagi, KKMM komited untuk menghubung dan menyatu masyarakat dengan dunia luar terutama dalam memastikan akses internet dapat diperolehi di semua kawasan.

Jailani berharap kemudahan ini tidak disalahgunakan dengan menyebarkan berita-berita palsu dan memfitnah.

Menurutnya, syarikat Telco bertindak berdasarkan untung dan rugi, sebab itu mereka kurang untuk masuk ke kawasan-kawasan pendalaman yang penduduknya kurang tetapi kos kosnya tinggi .

Walau bagaimanapun dengan arahan daripada kerajaan melalui program NBOS-CTU ini, mereka perlu menyalurkan talian internet di semua tempat yang di arahkan.

Datuk Haji Mohd Tajudin Abdullah menunjukkan bakatnya menggunting rambut wartawan Malaysiaaktif

Datuk Haji Mohd Tajudin Abdullah menunjukkan bakatnya menggunting rambut wartawan Malaysiaaktif

Mereka juga perlu membina menara, membuat program-program di kawasan-kawasan pendalaman selain membina pusat-pusat internet untuk rakyat, ujarnya.

“Kalau dulu untuk menggunakan internet, pelajar perlu ke kafe siber tetapi dengan adanya pusat internet kerajaan, mereka hanya perlu membayar RM5 untuk prnggunaan seumur hidup,” katanya.

Untuk pelajar dan golongan kurang upaya pula, tiada sebarang caj dikenakan untuk mereka.

Di Sik telah dibina 18 menara telekomunikasi dan akan ditambah lapan lagi menara baru dalam kawasan Sik ini.

Menurutnya lagi, satu menara menalan kos RM2juta selain kos menyewa tanah.

Selepas siap lapan menara ini di Sik, ia akan ditambah lagi mengikut keperluan.

Di Sik juga telah ada enam pusat internet rakyat antaranya di di Pekan Sik, Belantik dan Kampung Tala dan kerajaan sedia menambah kemudahan ini.

Ujarnya lagi, setiap pusat internet ini memberi peluang pekerjaan kepada dua orang anak tempatan dengan gaji RM2500 sebulan.

Pusat ini juga berfungsi untuk memasarkan produk-produk tempatan melalui internet.

Jailani juga mengumumkan, penduduk Sik bakal meneima pejabat pos baru yang dinaikkan taraf bagi memberikan kemudahan yang selesa.

Dia berkata, “Kerajaan juga akan mewujudkan Alamat 1Malaysia di Sik bagi membolehkan rumah2 yang tiada alamat mendapatkan kemudahan pos,”.

KKMM juga akan memberikan peruntukan baru kepada rumah-rumah yang perlu dibaiki di Sik memandangkan masih ada rumah yang masih daif di sini.

Di dalam program ini juga 10 buat rumah menerima set TV dan astro njoi serta 130 keluarga menerima barangan keperluan harian.

Jailani juga menyampaikan sumbangan peribadi dua buah TV dan sebuah komputer kepada pihak sekolah sebagai membalas budi membenarkan sekolah ini digunakan bagi menjayakan program ini.

Dalam aidang medianya, Jailani memberi amaran, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia juga sedang mempergiatkan pemantauan terhadap fitnah-fitnah yang disebarkan di media sosial. Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu yang dikesan melakukan perkara ini.

Sempena program ini juga, Jailani bersama Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Kedah, Datuk Mohd Tajudin Abdullah yang juga ADUN Sik, dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia telah bergotong royong membina rumah Mazlan bin Ishak, 44 serta menyampai sebuah TV, astro Njoi dan barangan keperluan harian melalui Kembara Jalinan Kasih bermotorsikal.

Pengunjung program ini, Jamil Mat Noh, 50, berkata dengan adanya program seperti ini di sini, secara tidak langsung kampungnya Belantik yang sebelum ini tidak pernah dikenali dapatlah diketahui masyarakat luar.

Belantik sekarang jauh berbeza dengan dahulu, misalnya dahulunya tiada jalan tetapi kini jalan begitu baik dan luas.

Selain itu, bagi kemudahan masyarakat, wujudnya Pusat Internet Rakyat percuma kepada para pelajar bagi memudahkan mereka mendapatkan maklumat dari luar, ujarnya.

Seorang lagi hadirin, Mohd Noor Lembut, 70, berkata, dahulunya Belantik ini amat pendalaman, untuk ke Pekan Sik mereka perlu berjalan kaki sehingga ke Pekan Naka bagi mencari kenderaan sewa.

Menurutnya sekarang ini Belantik sudah ada jalanraya, jambatan sekolah dan sebagainya.

15 agensi swasta dan kerajaan mengambil bahagian dalam program dengan memberikan pelbagai sumbangan seperti barangan keperluan harian, alat telekomikasi, perkhidmatan memotong rambut, menukar minyak, ujian kesihatan, derma darah dan lain-lain.

Tinggalkan komen anda