Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Abang Johari Rasmi Titi Muara Sungai Bintangor

By 18 Mac 2018Tiada komen1 minit bacaan
Laporan dan foto: Nuratirah Abdullah & Jaed Tepus (Sarawak)

KUCHING, 18 Mac (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, merasmikan Titian Besi Pejalan Kaki Muara Sungai Bintangor, disini hari ini.

Abang Johari berkata Kampung Bintangor adalah satu permulaan untuk menaik taraf infrastruktur di kawasan sepanjang sungai Sarawak dari Masjid Terapung ke Brooke Dookyard yang juga turut dinaik taraf.

Abang Johari merasmikan Titi Muara Sungai Bintangor, di sini siang tadi.

Abang Johari merasmikan Titi Muara Sungai Bintangor, di sini siang tadi.

“Projek pembangunan ini bermula dari persimpangan Masjid ke Jalan Ajibah Abol dimana ia bermula dengan membesarkan jalan di sini.

“Jambatan Ajibah Abol akan dibina semula secara dua hala dan ia sudah pasti akan menaik taraf Kampung Melayu di sini selain dapat menarik pelancong melawat kawasan ini,” katanya ketika melakukan tinjauan di kawasan jambatan Bintangor sebelum ke Kampung Kudei.

Selain Kampung Bintangor, kampung lain juga akan turut dinaik taraf secara berperingkat pada masa akan datang bergantung kepada pendapatan negeri ini.

Projek yang dijadualkan dibangunkan pada tahun depan itu dianggarkan bernilai RM50 juta temasuk jalan raya yang menghubungkan Jalan Ajibah Abol dengan Jalan Haji Taha, Jalan Satok dan Jalan Tun Zaidi Adruce.

-SH

Tinggalkan komen anda