Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

AymoFest Platform Tingkat Ilmu Lahir Usahawan

By 18 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan dan foto : M Zakry Chan (Melaka)

MELAKA, 18 Mac (Malaysiaaktif) – “Penganjurkan Karnival Keusahawanan Mara, Kolej Profesional MARA (KPM) Ayer Molek, adalah langkah terbaik bagi membantu menyediakan platform kepada pelajar-pelajar khususnya bumiputra bagi menglengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam bidang keusahawaan,” ujar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron ketika merasmikan program tersebut bertempat di Kolej Profesional Mara, Ayer Molek disini, semalam.

Idris menjelaskan MARA adalah institutsi penyumbang terbesar kepada kelahiran ramai insan-insan kelas menengah yang menjadi kompenan terbesar kepada kemajuan negara.

“Kerajaan sentiasa mendorong usaha-usaha melahirkan usahawan, dan membuka peluang-peluang pekerjaan kepada generasi muda.

Siti Fairuz Nazarudin (dua dari kiri) berhajat untuk memiliki trak makanan sendiri.

Siti Fairuz Nazarudin (dua dari kiri) berhajat untuk memiliki trak makanan sendiri.

“Ini adalah sebahagian penghasilan oleh pembangunan ekonomi, keseimbangan sosial dan kestabilan politik dek kerana adanya pemimpin-pemimpin yang bijaksana dalam pentadbiran dan menguruskan negara dengan baik,” ujarnya.

Penuntut bidang Keusahawanan KPM Ayer Molek, Siti Fairuz Nazarudin, 20, berkata program yang diadakan selama empat hari ini bermula Khamis lalu adalah bagi mempromosikan serta menggalakkan para pelajar menjadi usahawan yang berdaya saing yang akan menjana pendapatan negara apabila selesai pengajian disini.

“Pelbagai acara diadakan sepanjang program berlangsung antaranya Karnival Jualan Aymofest dan jualan but kereta, majlis tadarus al-Quran peringkat daerah Melaka Tengah, pertandingan catur, pertandingan mewarna serta pemeriksaan kesihatan dan kempen derma darah.

“Turut diadakan adalah festival nasyid, karnival kerjaya, bicara tokoh, ceramah agama, kejohanan petanque, bengkel memanah dan pertandingan bola sepak jalanan,” ujar Siti Fairus yang berasal dari Selangor.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Othman Mohamad, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau Dan Inovasi, Datuk Seri Md Yunos Husin, Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, Abd Hamid Ahmad, Pengarah MARA Melaka, Abd Wahad Yusof dan Pengarah KPM Ayer Molek, Dr. Mumtaz Begam Abdul Kadir.

-SH

Tinggalkan komen anda